Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Janji ditepati?.. Najib Bohong Lagi...

$
0
0

KUALA LUMPUR, 6 April: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini sekali lagi mengadukepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kerana kecewa terhadap tindakankerajaan melengah-lengahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

 
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI kesal kerana kerajaan belummembentangkan usul memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat (EO) di Dewan Rakyatmeskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan berbuat demikianpada Oktober tahun lalu.

"GMI hari ini menyerahkan memorandum ini juga bagi memohon pihak Suhakammenimbangtara beberapa tuntutan GMI seterusnya dipanjangkan kepada pihakkerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri," kata beliau di hadapanPesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabatnya, dekat sini hari ini.

Memorandum tersebut antara lain menggesa kerajaan patuh kepada piagam hak asasimanusia antarabangsa dalam soal berkaitan aktiviti anti keganasan dan membentukmekanisme baru menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsipkeadilan.

"GMI menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagimenegakkan keadilan untuk setiap tahan ISA dan membolehkan pihak yangbertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Selain itu, Syed Ibrahim turut meminta Suhakam mengeluarkan kenyataanmenegaskan pendiriannya berhubung ISA.

Detta dalam respon balasnya bersetuju dengan tuntutan GMI itu dan berkata,media juga memainkan peranan untuk memberi maklumat kepada rakyat berhubungISA.

"Media juga harus memainkan peranan melaporkan berkaitan ISA danseumpamanya.

"Kalau semua pihak diam, nanti kerajaan ingat rakyat setuju dan gembiradengan keadaan sekarang, dengan apa yang mereka buat," katanya.

Protes di Parlimen

Sementara itu, Syed Ibrahim memberitahu, GMI akan mengadakan protes menuntutpemansuhan ISA di bangunan Parlimen, Isnin ini jam 11 pagi.

"Melalui protes ini juga GMI akan menyerahkan memorandum menuntut PerdanaMenteri mengotakan janji bagi memastikan ISA segera dimansuhkan.

"GMI menyeru sokongan dan solidariti daripada rakyat, NGO, Suhakam, NGI,parti politik, ahli parlimen, Adun, media dan masyarakat antarabangsa untukmenuntut perkara di atas demi keadilan semua pihak," katanya.

Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417