Ketika ditanya mengenai perhimpunan awam "Save Teluk Rubiah" yang dijadual pagi ini Sabtu 31 March 2012, Menteri Besar Perak Zambry berkata ianya jelas bertujuan untuk menimbulkan isu terhadap kerajaan BN memandangkan pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung.
"Vale bukan Lynas. Ia adalah kilang penghasilan bijih besi dan tidak ada kena mengena dengan radioaktif. Projek Vale datang lebih awal," katanya.
Oleh itu kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk diklasifikasi beberapa dokumen berhubung projek pelaburan bijih besi di Teluk Rubiah, Lumut, yang menurutnya, bagi membuktikan kepura-puraan pakatan pembangkang yang konon menjadi pejuang alam sekitar.
Katanya, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk diklasifikasi beberapa dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) sebenarnya bersetuju terhadap projek berkenaan semasa menjadi Menteri Besar selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir negeri. – Malaysiakini
Kalau boleh janganlah di diklasifikasi hanya beberapa dokumen, diklasifikasikanlah semua dokumen biar rakyat Perak sendiri tahu siapa yang telah mengkhianati Melayu di Perak pula..
Tak tahu lah aku siapa yang menyampaikan maklumat kepada Zambry bahawa Vale ditentang kerana mengeluarkan radioaktif.
Sebab-sebab yang menyebabkan Vale perlu ditolak.. (bukan ditolak sepatutnya.. tapi diberikan kawasan yang lebih sesuai) sila baca di SINI.
Berikut adalah beberapa keping gambar dari demo 'Selamatkan Teluk Rubiah' itu..