Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Guan Eng sambut cabaran Zahid Hamidi untuk menyelam bersama KD Tun Razak..

$
0
0


Dalam satu kenyataan Media, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terima cabaran Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Haidi untuk menyelam dalam Kapal Selam Kelas Scorpene KD Tun Razak biarpun cabaran tersebut telah dibuat 21 bulan yang lalu.


Dalam sidang Parlimen 17 Mac 2010 Zahid telah mencabar Guan Eng untuk menyelam bersama Kapal Selam tersebut dan Guan Eng dengan serta merta menyambut cabaran tersebut malangnya ianya hanya direalisasikan 21 bulan setelah cabaran dibuat..

21 Bulan baru menjadi reality…

Aku yakin ramai tak tidak membaca laporan dari The Malay Mail ini (baca di SINI)

Dimana Zahid sendiri telah mengelak dari turut serta dalam cubaan menyelam setelah kapal selam Malaysia yang pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman ataupun dikenali juga sebagai KD Altantuya I telah dibaiki dan boleh beroperasi sepenuhnya pada sekitar Februari 2010 lalu.

Beliau ketika ditanya wartawan adakah dia turut serta dalam percubaan kapal selam itu untuk menyelam, Zahid berkata di telah dinasihati agar tidak bersama cubaan itu tetapi beliau yakin dengan pegawai – pegawai TLDM..


*******************************************

Jemputan Datuk Seri Zahid Hamidi Untuk Menyelam Dalam Kapal Selam KD Tun Razak.


Jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Haidi kepada saya untuk menyelam dalam kapal selam kelas Scorpene KD Tun Razak 21 bulan selepas saya menerima cabarannya tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada TLDM dan juga tidak menjawab soalan-soalan tentang kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau “komisyen” sebanyak RM534 juta.

Untuk membuktikan bahawa kapal selam yang dibeli itu berupaya menyelam, Zahid telah mencabar saya dalam sidang Parlimen 17 Mac 2010 untuk menyelam dalam kapal tersebut. Walaupun Zahid meyakinkan saya bahawa kecacatan mekanikal dalam kapal selam pertama negara kita telah pun dibetulkan, saya tetap berkeras meminta agar Kerajaan menukarkan kapal selam itu dengan sebuah lagi yang baru. Walau bagaimanapun, Zahid menolak cadangan saya dan mencabar saya untuk menyelam dalam kapal selam tersebut.

Saya telah menerima cabaran itu dengan serta merta tetapi tidak menyangka bahawa saya terpaksa menunggu 21 bulan untuk merealisasikannya. Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama? Ini menimbulkan semula soalan-soalan mengenai kos pembelian kapal selam yang begitu mahal serta keraguan tentang kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang tidak ada sebarang rekod atau pengalaman dalam penyenggaraan kapal selam.

Kerajaan BN mesti sedar bahawa isu ini melibatkan bukan sahaja wang awam sebanyak RM4.214 bilion, tetapi juga keselamatan para pelayar TLDM. Kerajaan hendaklah memastikan bahawa semua sudut keselamatan dan penyenggaraan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti.

Saya akan hadir ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran yang dibuat oleh Zahid 21 bulan lalu. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.


LIM GUAN ENG


Press Statement By
Penang Chief Minister
Lim Guan Eng In Penang
In Komtar, George Town
On 8.12.2011

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417