Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Sharizat kata bukan kerana NFC dia undur tapi Najib kata kerana NFC.

$
0
0


Ini sebahagian dari kata-kata Sharizat.. Shahrizat memberitahu bahawa keputusan yang dibuat atas keinginannya sendiri tanpa pengaruh mana-mana pihak.


Beliau turut menafikan perletakan jawatannya itu disebabkan skandal NFC, dan menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Salleh.

“Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, saya tiada sebarang kaitan dengan NFC, hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC.

"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.

"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri, dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya - Sinar Hraian

Sharizat kata tak ada kena mengena dengan NFC pengunduran dia dari Kabinet (baca tak dilantik semula sebagai Senator oleh Najib)..

Laporan dari Bernama di bawah pula Najib mengakui bahawa NFC adalah punca Sharizat tidak akan dilantik sebagai Senator semula.

“Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan,” katanya.



Ini laporannya..

Keputusan Shahrizat Undur Diri Tepat Dan Betul, Kata Perdana Menteri

Pekan, 11 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

“Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.

Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, Perdana Menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.

“Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan,” katanya.

Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita UMNO terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.

“Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417