Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Monorel Melaka hadapi masalah lagi!.. sungguh memalukan..

$
0
0
Satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional!!



Ali Rustam kata ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi tetapi selepas tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat...


Perkhidmatan dihentikan bila hujan? Sungguh Memalukan!!

Agibs Engineering Sdn. Bhd. Kontraktor yang bertanggungjawab terhadap projek ini kroni siapa agaknya ya..

Sedikit info mengenai Monorel Melaka:

1) Dibina dengan kos RM 16.5 juta (fasa pertama), fasa kedua projek Monorel Melaka dijangka menelan belanja RM 13.2 juta, bagi menghubungkan stesen sedia ada dengan satu lagi stesen yang akan dibina.

2) Laluan monorel ialah sepanjang 1.6 km, melalui pesisiran Sungai Melaka

3) Mempunyai 2 buah stesen; Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat

4) Sebuah gerabak boleh memuatkan seramai 22 penumpang dalam satu-satu masa, dan perjalanan pergi balik dari Stesen Hang Tuah di Taman Rempah ke Stesen Hang Jebat di Jalan Bunga Raya ialah sekitar 30 minit.

5) Kerja-kerja pembinaan dilakukan sejak dari 2008, dan siap mengikut jadual iaitu pada Jun 2010. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Agibs Engineering Sdn. Bhd.

6) Dibuka kepada orang ramai mulai 22 Oktober 2010. Bayaran dikenakan; Dewasa = RM 10, Kanak-kanak = RM 2.


***********************************

Monorel Melaka hadapi masalah lagi

Baru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat.

Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen.

Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel.

Sementara itu, tambang RM10 setiap seorang untuk menaiki monorel berkenaan kemudiannya dikembalikan kepada pelancong terbabit.

Difahamkan juga keputusan membatalkan perkhidmatan berkenaan adalah berikutan ketiadaan sejenis cat thermal khas pada landasan yang membolehkan perkhidmatan dijalankan seperti biasa pada waktu hujan.

Tanpa cat berkenaan, roda monorel dikatakan tidak akan dapat mencengkam landasan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, perkhidmatan monorel berkenaan tidak akan dapat berjalan seperti biasa pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

Menurutnya, keadaan basah yang disebabkan hujan akan mengurangkan cengkaman pada landasan dan roda monorel.

"Sebab itulah kita meminta pihak pengurusan Monorel Melaka supaya tidak mengendalikan perkhidmatan pada waktu hujan," katanya.

Selain itu, katanya, sepasukan jurutera SPAD akan turut dihantar untuk memeriksa monorel berkenaan hari ini.

Tidak selamat

Jumaat lalu, perkhidmatan Monorel Melaka memulakan semula operasi selepas digantung perkhidmatannya sejak awal bulan ini.

Kebenaran untuk pengendali perkhidmatan itu, Menara Taming Sari Bhd, memulakan semula perkhidmatan dikeluarkan SPAD setelah berpuas hati langkah diambil pengendali perkhidmatan terhadap beberapa isu ditimbulkan sebelum ini.

Bagaimanapun, syarat SPAD mengenai penggunaan cat khas itu masih belum dilaksanakan dan hanya akan dibuat apabila perkhidmatan monorel dihentikan seketika bagi menjalankan penyelenggaraan berjadual Januari depan.

2 November lalu, dua pelancongan Britain terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Berikutan itu, SPAD melakukan kerja-kerja pemeriksaan secara keseluruhan dan mendapati perkhidmatan monorel itu gagal mematuhi aspek keselamatan yang mengundang bahaya kepada para pengguna.

SPAD kemudian mengumumkan perkhidmatan itu digantung selama 30 hari. Tindakan itu, mengundang rasa tidak puas hati Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mendakwa ciri-ciri keselamatan telah dipenuhi.

Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta dilancarkan oleh pada 20 Okt tahun lalu sempena perisytiharan Melaka sebagai negeri maju 2010 dan kira-kira 16,000 penumpang telah menaikinya.

Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417