Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Curtin Universiti mohon maaf salah anggap Rosmah sebagai "First Lady of Malaysia"

$
0
0

Kalau korang klik image diatas tu dan baca selain dari permohonan maaf dari Curtin University ni, pihak mereka juga memberikan sebab mengapa Rosmah Mansor di anugerahkan Phd..


Menurut pihak University, Rosmah Mansor dianugerahkan Phd tersebut sebagai penghargaan buat beliau yang telah menjadi pengasas dan juga tulang belakang kepada Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang membolehkan kanak-kanak berumur lima tahun kebawah menikmati pembelajaran awal yang berkualiti…… Sekarang telah wujud lebih dari 600 Pusat Permata Negara yang dihadiri oleh ribuan kanak-kanak…

600 buah Pusat Permata Negara??

Baca petikan dari Berita Harian di bawah ni..

Baru-baru ini, kerajaan memperuntukkan RM111 juta untuk projek PERMATA bagi memastikan kanak-kanak mendapat bimbingan dan pendidikan berkualiti.

Selain melatih guru sedia ada, peruntukan bertujuan membina Fasa II Kompleks sukan PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap serta meneruskan program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.

Sementara itu, Ahli Majlis PERMATA, Datin Radziah M Daud, berkata kanak-kanak yang mendapat pendedahan awal lebih mudah menerima ilmu sebaik memulakan proses pendidikan formal.

Beliau berkata, pendidikan asas penting kerana ia menjadi penanda aras kepada keupayaan kanak-kanak menangkap sesuatu perkara bagi melancarkan proses pembelajaran - Berita Harian

Berapa jumlah Pusat Permata Negara yang dilaporkan akan di bina seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 28 Oktober 2010 itu?


*******************************************

Curtin mohon maaf iktiraf Rosmah wanita pertama

Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.

Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah "wanita pertama".

"Kami juga mengakui penggunaan istilah ‘wanita pertama’ mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.

“Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan perubahan yang dibuat itu," kata Hacket.

Kenyataan itu dipaparkan pada laman web rasmi universiti itu di Facebook. Sebelum ini, warga maya, khususnya dari Malaysia yang tidak berpuas hati telah membuat bantahan dan mencemuh Curtin.

Mengenai kritikan sama ada Rosmah layak dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan, Hacket berkata bahawa universiti berkenaan tetap dengan pendirian mereka



Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417