Dalam hal video seks edaran Datuk ‘T’, aku masih boleh menafikan bahawa lelaki yang dikatakan sebagai DS Anwar Ibrahim didalam video tersebut bukanlah DS Anwar Ibrahim, kerana pelaku tersebut memanglah bukan DS Anwar Ibrahim.
Malah bagi menangkis serangan dari pencacai UMNO yang menyiarkan video tersebut, aku dan beberapa orang sahabat sanggup bersengkang mata hingga kepukul 4 pagi selama beberapa hari untuk menyediakan video bagi menangkis video seks tersebut.
Malangnya projek video itu telah di hijack oleh seseorang ketika aku mahu menayangkannya kepada DS Anwar Ibrahim..
Sakit hati punya pasal aku biarkan projek video tersebut terhenti ditengah jalan.. mampuih pi!
Aku sakit hati pasal masa kami buat video tu tak ada siapa yang peduli, tapi bila dah hampir siap ada manusia yang mahu mendapat nama dari hasil kerja kami tu..
Itu pasal video seks..
Berkenaan gambar yang disiarkan oleh sebuah blog Pro UMNO yang telah disaman oleh Husam Musa sebanyak RM500,000, aku tiada sebarang alasan untuk menafikannya kerana ia memang Anwar Ibrahim.
Kalau nak tahu siapa blogger yang disaman Husam tu sila baca di SINI
Blogger tersebut telah menyiarkan gambar seperti di bawah..
Bagi yang taksub dengan Anwar Ibrahim mereka mempertikaikan akan kesahehan gambar tersebut.. bagi aku tak perlu dipertikaikan.. sememangnya ia adalah Anwar Ibrahim yang berada dilokasi sambutan perayaan ponggal itu..
Selain dari jadual program Anwar yang aku ada perkara ini disahkan oleh Blog Suara Seri Andalas..
Yang turut menyiarkan gambar-gambar berikut yang dirakam di Kuil Sri Maha Marriamman, Kinta Valley, Batu Gajah, Perak semasa sambutan perayaan Ponggal pada 29.01.2012.
Dr Mohd Nor Manuty Biro Pemantapan Agama Keadilan turut kelihatan.
Jika Najib disifatkan sebagai menggadai akidah ( baca di SINI) oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Perkara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim juga adalah sama kerana perayaan Ponggal ini diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. lebih lanjut sila baca di SINI
Jika Tan Sri Harussani berkata menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
Aku juga boleh berkata Dr Mohd Nor Manuty dari Biro Pemantapan Agama Keadilan sepatutnya menasihatkan Anwar agar tidak hadir atau turut serta dalam perayaan itu...
Tapi.. ada yang kata Ponggal ni bukannya perayaan keagamaan.. dua keping gambar diatas yang disiarkan oleh Blogger UMNO tu macam mana?
Oleh itu.. dalam hal ini lebih afdal rasanya jika Anwar Ibrahim yang menjelaskannya sendiri bukannya Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim yang jawab!!
Kalau nak tahu siapa Menteri Hal Ehwal Anwar Ibrahim sila baca di SINI
Nak tepis macam mana kalau Video pun ada...
Pesan orang tua-tua.. kalau nak jadi sokong jangan jadi sokong yang membawa rebah.. yang betul kata betul.. yang salah kata salah..