Tengahhari tadi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), sekumpulan pemuda yang mendakwa diri mereka anak jati Selangor telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut mereka, demonstrasi aman itu dilakukan untuk meluahkan rasa tidak puas hati kerana tiada anak jati Selangor yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan.
Mereka turut menyatakan ketidak yakinan terhadap kemampuan ADUN Kajang itu dan mendakwa beliau tidak menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin baik di peringkat pusat mahupun negeri.
Salah seorang daripada mereka, Kamal Hasbi, 26, turut menyatakan anak-anak muda yang menjadi majoriri pengundi di Selangor mahukan semua pihak menghormati keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini tidak berkenan dengan pencalonan Wan Azizah.
Rakan beliau, Hafiz Saroni, 23, pula menegaskan penolakan pencalonan Wan Azizah oleh ramai pihak bukan sebab gender tetapi kewibawaan beliau sebagai pemimpin selain Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menetapkan jawatan Menteri Besar dipegang oleh anak watan negeri lapor Blog Macai..
Kah.. kah.. kah.. kalau demo setakat 10 orang saja.. tak payah buat demo la..
Balik tolong emak pergi kedai lagi baik!
Anak-anak Jati Selangor atau anak-anak pemimpin JATI Selangor ni?