Jika Tan Sri Khalid bubar DUN, Rakyat Selangor bukan saja dijangka menerima MB yang baru malah mungkin kerajaan yang baru..
Berdasarkan analisa ringkas bersama beberapa orang sahabat yang giat mengumpul dan menganalisa data-data pilihanraya yang lalu..
Terdapat sekurang-kurangnya 12 hingga 15 kerusi DUN yang dimenangi PR majoritinya tidak melebihi 20 peratus.
Dengan mengambil kira survey yang dibuat oleh UmCedel baru-baru ini iaitu peratusan sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah menurun sebanyak 30%.
Dijangka DUN-DUN tersebut akan tumbang dengan mudah dan kembali kepada BN.
Dicampur pula dengan penolakan pengundi berbangsa Cina terhadap PAS rentetan terdedahnya sikap racist pemimpin PAS melalui WhatsApp baru-baru ini, kemenangan PAS juga akan merosot..
Pertembungan dan percakaran antara pemimpin-pemimpin PAS dan PKR baru-baru ini juga menyebabkan faktor sabotaj perlu diambil kira.
Faktor sabotaj itu juga mengambil kira sokongan PAS terhadap Khalid sebagai MB Selangor, walaupun PAS menyokong PKR telah memecat juga Khalid.
Hasilnya pengundi Cina tolak PAS, pengundi PAS pula sabotaj PKR dan pengundi PKR pula sabotaj PAS, dan pengundi PKR yang menyokong Khalid sabotaj PKR sendiri jadi bilangan kerusi yang tumbang dijangka bertambah..
PKR hanya mampu mengekalkan sebanyak enam kerusi sahaja lihat data di ( SINI )
Pakat gigit jari lah hangpa!!
Kenyataan media oleh Tan Sri Khali Ibrahim..
Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya.
Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.
Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.
Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya.
Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil.
Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.
Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.
Sehingga isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuan saya.
Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.
TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR