Jika apa yang dilaporkan oleh Sinchew Daily dan kemudiannya diterjemahkan pula oleh Malaysia Gazette ini adalah benar maka akan bertambahlah lagi seorang musuh kepada Anwar Ibrahim dan PKR..
Ianya adalah pilihan terakhir dari dua pilihan yang PKR ada untuk menurunkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor.
Pilihan pertama melalui undi tidak percaya dalam sidang DUN dikhuatiri akan gagal kerana pihak UMNO, majoriti ADUN PAS serta beberapa ADUN DAP dan PKR sendiri berkemungkinan besar akan tidak menyokong undi tidak percaya itu..
Pilihan kedua pula yang ada ialah Presiden keluarkan arahan supaya Tan Sri Khalid berundur, jika masih berdegil ianya akan dianggap sebagai ingkar arahan parti oleh itu Tan Sri Khalid wajar dipecat!
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diarahkan menemui Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail secara serta-merta untuk menjelaskan sebab enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
Keingkaran Abdul Khalid berbuat demikian akan menyebabkan dirinya dianggap sebagai melanggar disiplin parti dan akhirnya boleh dipecat daripada PKR.
Setiausaha Politik Abdul Khalid, Azman Abidin ketika dihubungi Sinchew Daily bagaimanapun berkata, Abdul Khalid hanya dijadualkan untuk menemui Wan Azizah.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah menyediakan surat penjelasan setebal 50 muka surat untuk diberi kepada DAP dan Pas bagi menjelaskan punca Abdul Khalid perlu berundur.
Wan Azizah pula akan berada di Klang pada malam Isnin untuk memberi taklimat berhubung kemelut melibatkan Abdul Khalid.
PKR juga dilaporkan akan mengadakan satu siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan kenapa Abdul Khalid perlu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Program jelajah itu akan berterusan sehingga 10 Ogos iaitu tarikh di mana DAP dan Pas dijangka selesai bermesyuarat berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor lapor Malaysia Gazette
Kemungkinan Tan Sri Khalid dipecat adalah tinngi kera Biro Politik telah mencadangkan agar beliau dipecat...
MASALAH dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah semakin haru biru apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dicadangkan oleh Biro Politik parti terbabit agar keahliannya dipecat terus atas alasan ingkar arahan.
Mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat PKR malam tadi difahamkan dihadiri oleh kumpulan penyokong yang dikenali sebagai team A yang antaranya ialah Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin dan Xavier Jayakumar.
Jika cadangan tersebut diterima, Khalid secara automatik akan tersingkir dari jawatan Menteri Besar Selangor kerana tidak lagi mewakili mana-mana parti.
Usaha menggulingkan Khalid ternyata dibuat penuh kesungguhan walaupun ramai ahli menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang di luar pertimbangan akal.
Apapun, keputusan cadangan yang mengejutkan itu hanya akan dibentangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat minggu depan juga dilaporkan oleh MalaysiaGazette
Cadangan aku buat Tan Sri Khalid... LOMPAT sebelum DIPECAT!! sebab sekarang masih ada nilai buat UMNO....
Kalau tak lompat... berulanglah kisah mantan TKM1 Pulau Pinang yang dulu tu....