Semalam telah tersebar satu SMS yang mengatakan YB Azmin Ali telah meletakkan semua jawatannya dalam parti dan keluar dari PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Aku yang menerima SMS tu kehairanan.. sebabnya setahu aku Azmin, Jurucakapnya dan beberapa lagi ADUN PKR Selangor sedang berada di Mekah menunaikan umrah masa ini..
Dan mereka semua dijangka pulang ke tanah air pada Hari Raya yang ke empat.. takkanlah masa sedang Umrah pun dia sibuk dengan hal dunia lagi?.. tak mungkin rasanya..
Jadi apa yang aku boleh buat kesimpulan dari SMS itu.. ia disebarkan oleh pihak yang tak ada kena mengena dengan Azmin Ali..
Disebarkan oleh pihak yang sememangnya ada dendam dan sakit hati kepada Azmin..
Sebabnya kalau dia tahu Azmin ada dimana masa ini tentu dia tak buat kerja yang tak berfaedah tu.. buang duit.. buang masa...
[ UNTUK SEBARAN SEGERA ]
23 Julai 2014
Laporan Perletakan Jawatan YB Mohamed Azmin Ali Merujuk kepada sebaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak bertanggungjawab termasuk melalui media sosial atas nama palsu 'Keadilan Daily' berhubung perkara di atas, Pejabat YB Mohamed Azmin Ali menafikan perletakan jawatan YB Mohamed Azmin dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
YB Mohamed Azmin Ali kini sedang berada di Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah.
Justeru sebaran tersebut diyakini bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN.
InshaAllah, Ramadhan al Mubarak ini akan memperteguh tekad kita untuk meneruskan perjuangan demi kemaslahatan rakyat.
Pejabat YB Mohamed Azmin Ali
Khabar angin peletakan jawatan ini bukan kali pertama berlaku, tahun lepas semasa pertikaian untuk melantik menteri besar Selangor selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13.
Malah, Azmin juga secara terbuka menyatakan rasa tidak setuju terhadap pelantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar penggal kedua.
Hakikatnya bukan Azmin seorang yang tidak setuju dengan perlantikan itu.. ramai lagi yang turut tidak setuju..
Setahu aku hal ini telah dibincangkan sebelum PRU yang ke 13 lagi.. dan dipersetujui di peringkat tertinggi..
Malangnya oleh kerana yang ada kuasa tak tahu nak guna kuasanya berlarutanlah kemelut ini...
Jadi selepas ini.. mungkin akan tersebar SMS yang mengatakan Tan Sri Khalid akan sertai UMNO pulak..