Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Sky News mohon maaf setelah wartawannya selongkar beg mangsa MH17 secara langsung.. (Video Inside)

$
0
0

Tindakan wartawan dari Stesen Penyoaran British, Sky News Colin Brazier menyelongkar beg mangsa nahas MH17 yang disiarkan secara langsung semalam mendapat kecaman berbagai pihak..

Colin Brazier mengangkat satu set kunci dan berus gigi daripada beg pakaian yang terbuka semasa siaran pada petang Ahad.

Bagaimanapun mungkin kerana menyedari apa yang dilakukannya itu adalah satu kesalahan beliau meletakkannya semula sambil berkata "Kita tidak seharusnya melakukan ini, saya rasa."

Rentetan dari itu beliau dengan segera menjadi subjek kritikan sengit dalam talian, dituduh menyerang privasi orang mati.


LONDON: Stesen penyiar British, Sky News memohon maaf selepas seorang penyampainya menggeledah bagasi di tapak kejadian pesawat MH17 terhempas ketika lintas langsung, semalam.

Ketika siaran berkenana, penyampai Colin Brazier didapati menyelongkar barang peribadi di dalam sebuah beg pakaian di tapak kejadian sambil mengutip sejambak kunci sebelum berkata: "Kita tidak sepatutnya berbuat begini."

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan dalam media sosial termasuk gesaan supaya Brazier dibuang kerja.

Selain itu, penyampai BBC, Jacqui Oatley dalam tweetnya berkata, dirinya "hairan" manakala profesor media massa di Universiti Baker, Joe Watson berkata, ia adalah "saat paling teruk bagi kewartawanan." - AFP

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417