Baru-baru ini, Isteri Perdana Menteri mendakwa beliau hanya tidur selama empat jam sehari dalam bulan Ramadan demi kepentingan rakyat serta negara.
Katanya "Jadi bulan puasa ini, saya cakap terang-terang, saya tidur pun tak cukup. Saya hanya tidur empat jam satu hari. Jadi itulah, bukan senang untuk menjadi isteri seorang pemimpin.
Entah siapalah yang lantik dia untuk menyibuk dalam hal pentadbiran negara yang melibatkan kepentingan rakyat entahlah...
Hari ini pula Najib mengakui tidak berpeluang melelapkan matanya sejak terjadinya nahas MH17 di Ukraine pada Khamis lalu kerana sibuk menghubungi pemimpin negara lain.
Katanya, beliau sibuk berusaha mendesak pemimpin dunia supaya tidak membiarkan penjenayah terlepas tanpa dikenakan hukuman berat dan supaya mayat mangsa dapat dibawa pulang dalam masa terdekat.
Kalau betul apa yang didakwanya itu maka sia-sialah dia melantik begitu banyak Menteri di Jabatan Perdana Menteri tu... langsung tak boleh membantu dirinya..
Tapi dari laporan-laporan yang disiarkan oleh media elektronik negara yang memaparkan video tentang Najib sehari dua ni tak nampaklah pulak macam orang tak cukup tidur...
Apapun kalau dia tak tidur lagi lebih baik dia tidur.. sebabnya antara 10 simptom yang disebabkan oleh kurang tidur ialah individu itu akan menjadi bertambah bodoh..
Ini kerana tidur memainkan peranan penting dalam proses pemikiran and pembelajaran manusia, jelas
bila kurang tidur kita sukar hendak beri perhatian, tidak peka kepada keadaan sekeliling.
Kurang fokus dan akhirnya menjejaskan kemahiran menyelesaikan masalah kita.
Semasa tidur, kitaran tidur akan mula mengumpul dan menyimpan memori manusia, tetapi, jika kurang tidur, kitaran ini akan terganggu dan tidak dapat ingat apa yang kita belajar dan alami di siang hari.
Jdi... tidurlah Najib.. semakin bodoh nanti makin susah rakyat jelata..
Laporan berkaitan...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui tidak berpeluang melelapkan matanya sejak terjadinya nahas MH17 di Ukraine pada Khamis lalu kerana sibuk menghubungi pemimpin negara lain.
Katanya, beliau sibuk berusaha mendesak pemimpin dunia supaya tidak membiarkan penjenayah terlepas tanpa dikenakan hukuman berat dan supaya mayat mangsa dapat dibawa pulang dalam masa terdekat.
"Kita hendak sebelum Raya ini, mangsa itu dapat dibawa keluar. Dan mereka yang sudah dikenalpasti indentitinya, kerajaan Malaysia akan membawa mereka pulang ke tanah air dan boleh disemadi di bumi Malaysia," katanya.
Bercakap di majlis berbuka puasa di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri di Cheras, Najib berkata sebagai pemimpin negara beliau juga gagal mengawal emosinya apabila bertemu dengan keluarga mangsa di Hotel Marriott Putrajaya, semalam.
Katanya, keluarga terbabit menjadi mangsa pertembungan geo-politik tahap tinggi yang tidak boleh diselesaikan melalui rundingan aman.
"Akhirnya siapa jadi mangsa? Bayangkan perasaan mereka. Sudah tentu mereka alami satu kehilangan yang tidak ada ayat yang boleh gambarkan sedihnya, hancurnya perasaan mereka apabila terpaksa melalui pengalaman sebegitu," katanya.
Bercakap di hadapan kira-kira 2,000 penduduk Parlimen Bandar Tun Razak, Najib berkata rakyat Malaysia mesti bersyukur kerana masih hidup aman di bumi sendiri.
Katanya, keadaan harmoni ini perlu diwarisi dengan sebaiknya dan meminta rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional sedia ada untuk menjamin masa depan mereka.
"Rakyat mesti tunjukkan kita tidak dapat terima sama sekali perbuatan seperti ini. Kita tuntut siapa saja yang melakukan perbuatan keji dan zalim mesti dibawa ke muka pengadilan.
"Tanpa menuding jari, kita hendak bukti, kita hendak tahu siapa yang bertanggungjawab," katanya.
Beliau juga mengesa masyarakat dunia turut sama mengutuk perbuatan pihak yang disifatkannya tidak berhati perut.
"Kita desak Badan Keselamatan PBB, desak masyarakat antarabangsa, jangan biarkan perkara ini berlalu tanpa ada tindakan untuk menghukum mereka yang menjadi penjenayah kepada mereka yang tidak berdosa," katanya.
Pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara wilayah Donetsk di sempadan Rusia ketika dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kejadian pada Khamis lalu itu menyebabkan 298 orang awam terbunuh, salah seorangnya dilaporkan nenek tiri kepada Najib dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma.
Kumpulan pemberontak pro-Rusia, Donetsk People's Army dilaporkan mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut yang dikatakan tersilap tembak lapor The Malaysian Insider
Lagi sembilan simptom tak cukup tidur sila baca di SINI