Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Mesut Ozil nafi derma wang kemenangan kepada Gaza

$
0
0

BEBERAPA laman web melaporkan bahawa pemain antarabangsa Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil menderma sebahagian bonus Piala Dunia yang diperoleh kepada kanak-kanak Gaza.

Ozil, yang berketurunan Turki, membuat pengumuman itu selepas berakhirnya kempen Piala Dunia di Brazil.

Persatuan Bola Sepak Jerman dianugerahkan setiap pemain pasukan itu bonus €300,000 untuk memenangi piala ini, sebagai tambahan kepada €150,000 berikut kemenangan separuh akhir dan ganjaran lain untuk setiap perlawanan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Mesut Ozil telah mengumumkan beliau akan menderma £350,000 yang beliau peroleh kepada kanak-kanak di Gaza.

Sebelum ini, Ozil mendapat liputan meluas dalam rangkaian sosial kerana membaca doa ketika perlawanan menentang Argentina.

Selain itu timbul juga kontroversi selepas beliau enggan berjabat tangan dengan seorang pegawai FIFA kerana sokongannya kepada Israel lapor Harakahdaily.

Di AstroAwani juga ada meniarkan laporan yang serupa...

Tapi... wakilnya menafikan laporan itu..

LONDON: Bintang Piala Dunia Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil mendermakan £350,000 (RM1.91 juta) bonus kemenangannya ketika menjulang Piala Dunia untuk membantu 23 kanak-kanak Brazil yang memerlukan pembedahan.  
Wakil kepada pemain berusia 25 tahun itu, Roland Eitel mengesahkan perkara terbabit namun menafikan berita yang tersebar luas sebelum ini mengatakan Ozil turut mendermakan sejumlah wang kemenangannya kepada mangsa serangan Israel di Gaza.  
Begitupun, dia turut tidak menolak Ozil mungkin akan mendermakan wangnya bagi membantu penduduk Gaza mengharungi kemelut itu, selepas ini.  
“Dakwaan yang mengatakan Mesut mendermakan duitnya ke Gaza tidak benar,” kata Eitel.  
“Mungkin di masa depan, siapa yang tahu? Dia mendermakan duitnya untuk perkara yang baik di Brazil dan kini dia sedang bercuti.”  
Dalam laman Facebook miliknya, Ozil mengumumkan dia membayar caj pembedahan buat 23 kanak-kanak di Brazil selepas muncul juara dunia apabila menewaskan Argentina di final.  
“Ketika Piala Dunia sedang berlangsung, saya menanggung pembedahan untuk 11 kanak-kanak yang sakit di Brazil. Sejak kemenangan Piala Dunia, ia bukan saja membabitkan 11 pemain, namun seluruh pasukan. Saya kini meningkatkannya kepada 23,” tulis Ozil.  
Sekalipun sumbangannya kepada Gaza didapati tidak benar, Ozil yang memiliki darah campuran Turki dan beragama Islam dilaporkan pernah mencetus kontroversi apabila enggan bersalam dengan pegawai FIFA dari Israel.  
Sebelum ini, skuad Piala Dunia Algeria mendermakan £5.25 juta (RM28.6 juta) hadiah kejayaan mara ke pusingan kedua Piala Dunia kepada rakyat Gaza.  
Ia disahkan penyerangnya, Islam Slimani yang mengumumkan keseluruhan pasukannya mendermakan wang itu kerana “mereka lebih memerlukan berbanding kami.” - Agensi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417