Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Sultan Selangor murka Khalid Samad

$
0
0

Pada 17 Jun lalu, Khalid Samad serta beberapa pemimpin PAS Selangor dilaporkan mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Tindakannya itu telah menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dan kecewa dengan kenyataan ahli parlimen PAS itu.

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang...

SEPANG 15 Julai - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini amat kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di dalam bawah undang-undang.
Baginda bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.
"Kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada 17 Jun lalu, Khalid serta beberapa pemimpin Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417