Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa hutang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada Bank Rakyat adalah berjumlah sebanyak RM215 Juta melalui dua lagi pinjaman dan bukan hanya RM32 Juta.
Mahfuz berkata, Deepak turut gagal menjelaskan pinjaman mengikut terma di dalam perjanjian bagi setiap pinjaman yang dilakukan beliau malah tiada sebarang denda dikenakan terhadapnya.
"Apa yang mengejutkan Deepak dan syarikatnya gagal menjelaskan ketiga-tiga pinjaman berdasarkan terma dalam perjanjian bagi setiap pinjaman sehingga satu perjanjian penyelesaian menstruktur semula semua pinjaman tersebut dibuat.
"Ini bermakna Bank Rakyat hanya memungut hutang daripada Deepak tanpa ambil sebarang keuntungan, dan tiada denda RM4.62 juta dikenakan kepada Deepak," katanya kepada pemberita, selepas menyerahkan memorandum kepada Menara Bank Rakyat, Jalan Traversdi sini, hari ini.
Memorandum berkenaan diserahkan kepada Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Saliman Zainal.
Mahfuz menjelaskan, Bank Rakyat perlu menjawab enam persoalan antaranya alasan bank tersebut tidak mengenakan sebarang denda terhadap Deepak di atas kelewatannya membayar balik pinjaman.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan sekuriti atau cagaran yang dikenakan terhadap peminjam bagi menjamin pembayaran baki pinjaman.
"Sekiranya peminjam masih gagal mematuhi syarat pembayaran yang baru ini, apakah tindakan yang diambil Bank Rakyat?
"Kenapa Bank Rakyat berikan layanan istimewa kepada Deepak?" soal Mahfuz.
Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Deepak juga telah membuat pinjaman berjumlah RM198 juta melalui syarikat perumahan miliknya, Radiant Splendour Sdn Bhd dan pinjaman peribadi sebanyak RM40 juta lapor RakyatNews
Apa yang macai-macai sekelian perlu fikirkan siapakah Deepak ini dan apakah rahsia yang disimpannya hinggakan beliau amat berharga buat segelintir pemimpin UMNO hingga membolehkan beliau meminjam beratus Juta tanpa membayarnya kembali?