Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

ESSCOM bolos lagi, seorang Polis Marin dibunuh dan seorang lagi diculik Lanun...


Nampaknya rombakan yang Najib lakukan kononnya untuk memperkukuhkan Esscom ini langsung tidak menunjukkan keberkesanannya..

8 Julai lalu, Najib mengumumkan penstrukturan semula Esscom dengan Abd. Rashid (PDRM) akan menerajui organisasi tersebut sebagai Komander Esscom.

Penstrukturan itu juga dengan langkah menambah baik pengurusan Esscom, terutama memantapkan rantaian arahan dan meningkatkan pembabitan sepenuhnya setiap peringkat rakyat bersama agensi keselamatan dalam memastikan kawasan perairan timur Sabah bebas daripada pencerobohan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid hamidi pula memberitahu, pihaknya akan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) Esscom bagi membolehkan sebarang penambahbaikan dilakukan dalam memantapkan organisasi berkenaan.

Beliau juga mahu setiap agensi penguatkuasaan menguatkan aktiviti risikan bagi membantu mengekang jenayah, khususnya di perairan Sabah.

Biarpun pengarah baru dilantink, KD Bunga Mas dihantar ke Sabah dan lagi 30 bot pelbagai guna diperuntukkan untuk ESSCOM namun hasilnya tetap sama..

Jika sebelum ini hanya pelancong dan pengusaha ikan sangkar yang menjadi mangsa kali ini anggota keselamatan pula menjadi mangsa culik...

Seorang polis marin terbunuh, seorang lagi hilang diserang di Pulau Mabul

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan.

Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing lapor Berita Harian

Kalau kat negara Jepun atau Korea ni pasti dah ada Menteri yang akan letak jawatan kerana kegagalan yang berterusan ni..

Tapi di Malaysia ni pulak.. orang lain akan dipersalahkan..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417