Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Shamsul Iskandar mencabar Lembaga Disiplin PKR?

$
0
0

2 Julai yang lalu Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin PKR kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Dua mereka ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil serta Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves.

Sebelum ini Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid.

Meskipun Dr. Tan telah menegaskan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka berdua, ianya seolah-olah dipandang sepi oleh Shamsul Iskandar dan dicabar olehnya..

Satu kenyataan media bertarikh 6hb June yang sekali lagi mempertikaikan Menteri Besar Selangor telah tersebar.

Antara kenyataannya ialah...

Saya mengecam kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa “kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya” sebagai merujuk kepada kedudukan Dato' Menteri Besar Selangor yang kini disandang beliau.

Apatah lagi kenyataan beliau tersebut telah dijadikan modal politik oleh media-media milik UMNO-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menghentam Pakatan Rakyat.
Media-media tersebut juga mutakhir ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Tan Sri Khalid serta memberikan ruang kepada penyokong-penyokongnya untuk memburukkan parti.

Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan Dato' Menteri Besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu.

Sepenuhnya silalah baca di SINI

Pokoknya dalam hal ini beliau mempersoalkan tindakan MB Selangor  mengeluarkan kenyataan yang boleh dipergunakan oleh TV3 dan lain-lain media yang di tunggang kerajaan tapi dalam masa yang sama beliau pula mengeluarkan kenyataan yang boleh digunaka oleh media tersebut untuk menyerang PKR..

Oleh itu jika dikatakan TS Khalid itu dangkal dalam memahami situasi mengenai MB Selangor itu.. Shamsul sudah tentu lebih lagi dangkal pemikirannya dalam hal ini..

Sebabnya boleh dikatakan majoriti ahli-ahli PKR yang aktif dalam pergerakan PKR menyedari bahawa Khalid bukanlah seorang Ahli Politik yang baik kerana beliau asalnya adalah seorang tokoh korporat.

Maka tak hairan kalau beliau kelihatan dangkal dalam hal politik.. tapi Shamsul ni pulak dah tua dalam politik tapi terikut-ikut rentak Khalid... apa cerita ni?

Jika benar kenyataan media itu milik beliau bersamalah kita nantikan apakah tindakan yang akan dikenakan terhadapnya nanti..

Kerana dalam satu perjumpaan antara AJK PKR Cabang Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR jumaat lalu.. beliau telah mengeluarkan satu amaran yang aku kira keras buat semua ahli-ahli PKR...

Katanya.. jika tindakan menyerang Khalid secara terbuka ini diteruskan juga beliau tidak akan teragak-agak bertindak...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417