Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan penstrukturan semula Kabinet hari ini.
Najib dijangka akan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari, lapor media hari ini.
Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang kini dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.
Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu.
~ Malaysiakini