Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Mahathir mahu Proton tingkatkan harga untuk tingkat pasaran?.. apa punya gila ni?

$
0
0

Berbeza sekali nasihat Tun buat Proton sebelum beliau dilantik semula menjadi Pengerusi kepada Proton dan selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi..

Sebelum dilantik semula sebagai Pengerusi, Mahathir pernah berkata "Pengguna tidak peduli apa jadi pada negara, mereka hanya hendak harga yang murah dan barangan terbaik. Jadi sebab itu kita dapati sekarang sukar bagi Proton untuk bertanding terutamanya dengan Perodua," katanya.

Kata-katanya itu jelas menggambarkan yang beliau sedar faktor sebenar yang menyebabkan Proton menghadapi saingan sukar dalam pasaran.

Faktor 'Harga' dan 'Kualiti'... Tetapi setelah dilantik menjadi Pengerusi Proton lain pula cadangannya dan ianya jauh berbeza pula dengan apa yang dinyatakannya sebelum ini..

Mungkin kerana mudah lupa ataupun faktor usia beliau mengeluarkan nasihat sebegini rupa.. yang bercanggah dengan apa yang diucapnya di atas..

Beliau sebagai Pengerusi Proton yang baru telah mencadangkan agar harga Proton dinaikkan untuk membolehkannya bersaing di peringkat dunia...

Menurut beliau imej sebagai pengeluar kereta murah perlu dikikis dan kualiti perlu dipertingkat setahap pengeluar kereta antarabangsa.

Persoalannya disini adakah dengan meningkatkan harga sebuah Proton hingga sama dengan harga sebuah Ferrari atau Lamborghini pengguna akan berlumba-lumba untuk memilikinya?

Dengan harga yang jauh lebih murah dari apa yang dipasarkannya di dalam negara dan kualiti juga lebih baik dari apa yang dipasarkan di dalam negara, Proton dilaporkan mencatatkan penurunan jualan dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2011, syarikat pengeluar kereta nasional itu mengeksport 16,189 unit, 13,311 unit (2012) dan susut tahun lepas kepada hanya 5,937 unit.

Jadi apa akan terjadi jika harga Proton yang dipasarkan diluar negara dinaikkan mengikut cadangan Mahathir?

Laporan berkaitan..

Pengerusi PROTON Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan harga kereta Proton dinaikkan untuk bersaing di pasaran dunia. Menurut beliau imej sebagai pengeluar kereta murah perlu dikikis dan kualiti perlu dipertingkat setahap pengeluar kereta antarabangsa.

"Sebelum ini kita (PROTON) dilabel sebagai pembuat kereta murah. "Kami mahu keluarkan kereta bertaraf dunia tetapi kita harus tingkatkan harga," kata beliau dalam sidang media selepas memberi ucaptama bengkel anjuran Human Life Achievement Foundation (HLAF) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mahathir turut membidas tindakan kerajaan yang mengabaikan usaha meningkatkan mutu kereta nasional dan memilih untuk menggunakan kereta import.

Katanya, langkah tersebut menunjukkan kerajaan tidak begitu memahami kepentingan industri kereta tempatan dalam meningkatkan teknologi dalam negara.

"Malangnya kerajaan sekarang kurang celik terhadap betapa pentingnya kita mengeluarkan teknologi sendiri.

"Dengan teknologi ini kita dapat wujudkan pekerjaan untuk rakyat, adakan industri sokongan dan seterusnya tingkatkan pendapatan untuk capai tahap negara maju," katanya.

'Kenapa tak persoal Perodua juga?'

Mahathir yang kembali menerajui PROTON berkata beliau akan memastikan syarikat itu kembali berdaya saing tetapi mahu kerajaan membantu industri tersebut.

Beliau memberi contoh Korea Selatan yang membantu syarikat persendirian seperti Hyundai satu ketika dulu untuk memastikan industri kereta mereka mencapai tahap dunia seperti sekarang.

"Mereka (kerajaan) lupa 28 peratus keuntungan Proton akan kembali kepada kerajaan," kata beliau.

Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton Holdings dan Group Lotus plc (LOTUS) berkuatkuasa 16 Mei lalu menggantikan Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, tetapi kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.

Beliau memainkan peranan penting dalam konsepsi dan kemajuan industri automotif di Malaysia sejak Proton diwujudkan pada 1983.

Mahathir secara berseloroh turut mempersoalkan mengapa Proton lazim menerima kritikan kerana dibantu kerajaan tetapi tidak syarikat kereta Malaysia yang lain.

"Orang asyik bercakap pasal Proton terima bantuan kerajaan selepas duti eksais dikurangkan... Perodua juga dapat konsesi kerajaan. Kenapa orang tak pernah sebut pasal Perodua?" soal beliau sambil tersenyum lebar. 

Bukan persoalan patriotik atau tidak, tapi ianya adalah mengenai berbaloi atau tidak kita rakyat yang juga merupakan pengguna membeli sesuatu produk keluaran tempatan berbanding keluaran luar negara pada harga yang hampir sama?

Meningkatkan harga bukanlah satu cadangan yang bijak dalam hal ini, apa yang perlu Proton lakukan ialah meningkatkan kualiti produk keluarannya kalau tak boleh lebih baik setanding dengan apa yang Perodua keluarkan itu sudah cukup baik.

Kenapa tidak Tun Mahathir gunapakai kaedah yang telah digunakan oleh Nissan yang suatu masa dulu hampir menutup operasinya kerana gagal bersaing dengan Toyota dan Honda di negara Jepun dalam mengendalikan Proton ini?

Masaalah dalam menentukan harga Proton ini ialah harga yang perlu dibayar kepada vendor-vendor yang ada.. bukan saja harga malah kualiti juga dipengaruhi oleh vendor-vendor yang ada..

Mahal harga yang diletakkan mereka.. maka mahallah harga jualan sebuah Proton.. Teruk kualiti produk yang dibekalkan mereka maka teruklah kualiti sebuah Proton..

Jadi jika mahal dan tidak berkualiti kenapa tidak dicari vendor yang lain?... he.. he.. tanyalah Jurutera-jurutera yang ada dalam Proton tu..

Pasal kualiti pula tanyalah QA Engineer yang menerima bahagian-bahagian yang pengeluarannya diserahkan kepada vendor..

Apa yang telah Nissan lakukan untuk kembali menguasai pasaran ialah.. struktur semula semua vendor-vendor yang terlibat..

Dimana vendor-vendor yang selama ini meletakkan harga yang tinggi dan produk yang tidak berkualiti serta punya kabel untuk menjadi kebal habis dicantas.

Ianya dilakukan setelah Nissan membawa masuk seorang individu dari Renault ke dalam organisasinya.. dan setelah dilakukan pembersihan itu kini Nissan kembali bersaing dipersada dunia..

Tapi... kalau tak silap aku.. majoriti vendor yang ada tu semua kroni Mahathir sendiri.. sanggup ke Mahathir nak cantas kroni dia sendiri?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417