Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan.
Selain itu, menurut jurucakap ACCIN Sabariah Abdullah, yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya - mendesak supaya saman hingga berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.
Memang kita marah dengan kecuaian Cadbury Malaysia sehingga menyebabkan pencemaran DNA Babi dalam dan jenis produknya yang dipasarkam atas kategori halal.
Namun Islam tidak pernah mengajar umatnya menjadi tidak rasional, tidak waras dan bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan kepentingan Ummmah.
Justeru, kenyataan Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan yang mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan sangat memalukan.
Kita ingin bertanya surah berapa dalam al-Quran yang mempunyai hukum mencuci darah ini? Keputusan ijtihad ulama mana yang menuntut kita mencuci darah?
Apakah kerana masalah yang tidak disengajakan ini kita mahu menuntup kilang Cadbury yang selama ini berusaha menghasilkan produk halal?.. soal Kunta Kinta di SINI
Menulis dalam Facebook, Dr Asri menasihatkan masyarakat tidak menunjukkan reaksi berlebihan menghadapi penemuan DNA babi dalam dua coklat produk Cadbury seperti mahu menyamak mulut atau menukar darah.
Katanya, pengguna berhak menyatakan bantahan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd kerana memperdayakan rakyat Malaysia.
“Namun, berlebihan dalam (mengeluarkan) hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama.
“Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya,” katanya.
“Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi,” katanya.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman pula menulis di Sinar Harian..
BAGI sesiapa yang telah termakan Cadbury ber’DNA’ khinzir secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur khinzir tersebut.
Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah. Sebagaimana firman ALLAH SWT:
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5**
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu.
Dan adalah ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ahzab: 5)
Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:
إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.
Ertinya: Sesungguhnya ALLAH SWT melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)
Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.
Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.
Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini.
Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.
Jadi kesimpulannya ialah Islam itu mudah bukannya bodoh dan merepek...