Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

ADUN Bukit Besi sudah 'U Turn'...

$
0
0

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas kembali kepada parti tu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu.

"Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya.

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menyertai Ahmad dan Ghazali untuk keluar dari Umno.

Spekulasi mengatakan Roslee merupakan Adun yang kembali menyertai kerajaan BN Terengganu lapor The Malaysian Insider

Sementara itu Malaysian Gazette mendedahkan siapa ADUN yang sudah buat 'U Turn' itu..

ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee. Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). 

Kah.. kah.. kah... tak ada pendirian langsung!!.. tapi biasanya yang jadi pemimpin UMNO ni susah nak melompat keluar sebab 'kabel'.. lompat keluar putuslah 'kabel'.

Putus 'kabel'.. kuranglah income....

Betul kata A Kadir Jassin.. Politikus tukar keputusan bila kena harganya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417