Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Calon Bebas DUN Bukit Gelugor dakwa disabotaj oleh pihak yang tergugat dengan kehadirannya..

$
0
0

Dua calon Bebas yang sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor akhirnya berputih mata apabila hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Kelewatan menyerahkan borang pencalonan, gagal mengemukakan wang deposit RM10,000 dan masalah pencadang yang tidak muncul antara punca kedua-duanya gagal menjadi calon pada PRK yang akan berlangsung 25 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pencalonan Lim Chee Khoon dari parti baharu, Penang Front Party (PFP) ditolak kerana lewat menyerahkan borang pencalonannya.

Malah, Lim juga tidak menyerahkan wang deposit sebanyak RM10,000 seperti mana syarat untuk setiap calon yang bertanding.

"Dia datang untuk serah borang tetapi sudah melebihi tempoh masa ditetapkan. Dia juga tidak menyediakan wang deposit untuk melayakkannya bertanding," kata Abdul Aziz.

Selain itu, seorang lagi calon Bebas, Mohd Yacoob Mohd Noor, 25 pula tidak dapat bertanding kerana pencadangnya tidak muncul di pusat penamaan calon seperti dijanjikan.

Mohd Yacoob yang menguruskan rangkaian inap desa di Pulau Pinang sebelum ini mengesahkan kesediaan untuk bertanding kerusi P51.

Pada Pilihan Raya Umun (PRK-13), Mohd Yacoob hanya memperoleh 141 undi dalam pertembungan tiga penjuru di Dewan Umdangan Negeri (DUN) Sungai Pinang yang dimenangi calon DAP, Lim Siew Khim dengan 12,354 undi manakala calon Barisan Nasional, Looi Swee Cheang mendapat 7,647 undi.

Mengulas mengenai peraturan kempen, Abdul Aziz berkata, hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan untuk berkempen menggunakan bendera parti.

"Jangan ada bendera PKR dan PAS untuk tujuan kempen, hanya bendera calon yang bertanding dibenarkan. Bagi calon bebas, mereka perlu menggunakan simbol Bunga Raya dan Kuda yang ditetapkan oleh SPR," katanya.

Ketika ditanya sekiranya terdapat laporan ada calon yang didapati melanggar peraturan kempen, Abdul Aziz berkata perkara itu akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan terperinci.

Katanya, calon yang bertanding diberikan tempoh berkempen selama 11 hari yang akan tamat tengah malam 24 Mei ini lapor mStar

Sementara itu Lidah Rasmi UMNO melaporkan Mohd Yacoob mendakwa beliau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin rasa tergugat sekiranya beliau bertanding..

Saya disabotaj - Mohd. Yaacob 
PULAU PINANG 12 Mei - Ahli perniagaan, Mohd. Yacoob Mohd. Noor, 26, yang sebelum ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas merebut kerusi Parlimen Bukit Gelugor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) mendakwa disabotaj penyokong sendiri sehingga gagal menghantar borang pencalonan. 
Katanya, beliau kecewa selepas individu yang sepatutnya menjadi pencadang dan penyokongnya ketika penamaan calon bagi PRK berkenaan di Dewan Sri Pinang, di sini pagi ini, bertindak menghilangkan diri serta gagal dihubungi. 
"Kali terakhir saya berhubung dengan mereka adalah pada pukul 7 pagi ini dan mereka meyakinkan saya akan tiba di pusat penamaam calon seperti yang dijanjikan. 
"Namun, mereka tidak muncul dan sehingga kini saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini jelas merupakan tindakan sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin rasa tergugat sekiranya saya bertanding," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kah..kah..kah... siapalah yang rasa tergugat tu??

Tak sedar diri betoi dia ni.. dulu dapat 141 undi pun dah berlagak.. entah siapalah nak sabotaj dia tu..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417