Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof mengesahkan satu mesyuarat khas bakal diadakan bagi membincangkan ketetapan kadar tol di negara ini.
Beliau berkata, perbincangan ini akan disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar bersama Unit Kerja Awam Swasta (UKAS).
"Mesyuarat itu bagi membentangkan hasil perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dan beberapa konsensi," katanya ketika pada sidang media mengenai operasi penguatkuasaan bersepadu Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, hari ini.
Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (Plus), salah satu pemegang konsesi lebuh raya utama negara telah bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol.
Ketetapan itu turut membabitkan perubahan perjanjian asal bagi memastikan ianya memihak kepada kebajikan rakyat lapor RakyatNews
... Memihak kepada rakyat konon... poodah!!