Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Laporan Polis terhadap Unit Amal yang didakwa memukul aktivis PSM tersebar!!

$
0
0

Susah juga aku nak percaya cerita ini pada mulanya bila ada pihak yang menyampaikan kepada aku.. sebabnya ianya adalah tuduhan ke atas unit Amal dari PAS, parti yang bersandarkan kepada Islam..

Mana mungkin ada anggotanya yang bersikap seperti puak jahilliyah ini kerana Islam tidak mengajar pengikutnya bertindak sebegini..

Lagipun ada pihak yang mendakwa mereka-mereka ini hanya bertujuan untuk memburuk-burukkan PAS..

Tapi bila ada yang menceritakan insiden yang berlaku itu secara panjang lebar dan disokong pula dengan laporan Polis.. aku tak terkata apa dah...

Asiah Abd Jalil di laman sosialnya, asiah.abdjalil.7,  mendakwa adiknya telah dipukul oleh sekumpulan Unit Amal PAS di Dataran Merdeka.

“Semalam jam 1 pagi di Dataran Merdeka, adik saya dan seorang lagi lelaki dibelasah oleh Unit Amal PAS diketuai oleh Anuar. Rakan-rakan dari DAP dan Anti-Lynas terpaksa hubungi polis. Bila polis sampai, dengan angkuhnya si bangang bernama Anuar dan belasan orang kawan-kawannya tunjukkan kad anggota Unit Amal.

“Adik saya cedera teruk dibelasah. Muka dan badan lebam teruk. Seorang lagi lelaki dicampak dalam longkang. Mereka berdua diserang oleh belasan orang Unit Amal PAS dengan kayu dan helmet, ditendang dan ditumbuk.

“Keluarga kami akan failkan saman terhadap PAS!!! Biar mahkamah haramkan Unit Amal PAS yang berlagak macam diorang anggota keselamatan beruniform. Sila sebarkan. PAS mesti bertanggungjawab terhadap perangai anjing anggota Unit Amalnya,” kata Asiah.


Asiah turut mendakwa adiknya turut dituduh sedang mabuk dan mengambil ganja.

“Unit Amal PAS, diketuai oleh Anuar, sebelum belasah adik saya awal pagi semalam, diorang tuduh adik saya mabuk dan ambil ganja.

“Oh, baguslah! Ikut perangai Presiden kamu yang pandai-pandai tuduh orang edar pil kuda.

“Nanti kalau disaman, bolehlah buat solat hajat perdana dan kutip derma.

“Presiden PAS kena saman sebab tuduh orang edar pil kuda.

“Unit Amal PAS bakal disaman sebab jadi gengster belasah orang.

“Semoga Unit Amal PAS diharamkan selepas ini. Diorang tu berdaftar bawah undang-undang tak? Ke syok sendiri aje macam JMF tu?.”


Asiah turut menceritakan latar belakang anggota Unit Amal yang didakwa memukul adiknya itu.

“Nama mamat tu ialah Anuar, bekas bodyguard ayah Adam Adli. Sekarang dia anggota Unit Amal Pandan.

“Saya dalam perjalanan ke Gombak untuk buat police report dan failkan aduan jenayah. Juga akan berbincang dengan peguam untuk saman sivil.

“Anuar juga pernah ditugaskan jadi bodyguard pimpinan PAS dalam program-program PAS. Kami akan minta polis buat kawad cam.

“Ahli-ahli PAS sekelian yang rasa dah confirmed masuk syurga, tak payah jadi juara hudud kalau kes macam ni pun korang tak mampu handle.”

Menurut Asiah lagi adiknya itu telah membuat laporan polis mengenai kejadian pukul tersebut.

“Adik saya dah buat police report, baru korang nak cakap, benda boleh settle, tak payah kecoh-kecoh, jangan malukan Islam, jangan malukan bangsa Melayu, Cina tepuk tangan, tahapahapatah lagi.

“Pagi tadi kami contact pimpinan PAS, korang buat bodo (pimpinan yang terlibat, cuba check log telefon korang). Geng PAS kata, diorang tau insiden tu, padan muka, memang adik saya bersalah, bla bla bla. Korang tak mau tolong siasat sedangkan maklumat dah diberi. Lepas tu cabar adik saya suruh buktikan itu ini.

“Now dah buat police report, korang kata kami Yahudi pulak sebab nak malukan Islam (wei… Islam dengan PAS tolong bezakan la wei…). Dah kasi chance tadi nak selesai diam-diam, korang buat kurang asam kan. Korang boleh blah!.”

Ini laporan Polis nya...


Siapa salah siapa benar kita biarkan Mahkamah yang menentukannya...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417