Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Terima kasihlah sebab doakan kubur saya bercahaya kata Kak Wan..

$
0
0

PKR pada Sabtu lalu mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia.

Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.


"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan..

Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara sinis ‘berterima kasih’ kepada pihak yang sudi menggelarkan beliau sebagai mujahidah selain berdoa kuburnya turut bercahaya kelak.

“Saya bersyukurlah dia panggil mujahidah dan kubur bercahaya tu InsyaAllah,” katanya.

Sebelum ini terdapat pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi gambar seorang wanita yang telah meninggal dunia selain kubur bercahaya di Taiping, Perak dengan meletakkan muka Wan Azizah.

Semakan di laman sosial mendapati perkara berkenaan terjadi oleh kerana pantulan cahaya matahari ketika pengebumian jenazah.

Pihak yang rapat dengan jenazah berkenaan menerangkan keadaan sebenar dan mendesak semua pihak menghentikan menyebarkan gambar berkenaan.


Selain itu, mereka turut meminta semua pihak untuk tidak memanipulasi dan mensensasikan isu terbabit lapor SelangorKini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417