Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Harga gas asli naik mulai bulan depan!

$
0
0

Petronas telah memaklumkan kepada pengusaha keluli bahawa harga bekalan gas asli akan dinaikkan mulai bulan depan sekali gus memberi tekanan kepada industri berat negara ini.

Sin Chew Daily melaporkan kenaikan harga gas asli juga dikhuatiri akan membawa gelombang inflasi ke negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Keluli Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, pasaran gas asli dimonopoli oleh Petronas dan bahan api itu pada ketika ini djual dengan RM18.35 setiap MMBTU tetapi akan dinaikkan sebanyak RM1.50 mulai bulan depan.

Katanya, harga tersebut akan dinaikkan setiap enam bulan dan akan berterusan selama tiga tahun. 

Menurut Yin Huah lagi, Petronas telah menolak bantahan daripada pihak pengusaha dan langkah terbaru tersebut dijangka meletakkan industri keluli dalam keadaan `musim sejuk'.

Katanya, tiga pengeluar keluli utama yang menggunakan gas asli ialah Perwaja, Huntsman Tioxide dan The Lion Group di mana mereka menggunakan 30 juta MMBTU setiap tahun.

"Kenaikan harga akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat sebanyak RM200 juta," katanya lapor MalaysiaGazette

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417