Apahal pulak sepupu Najib ni tiba-tiba bercakap seolah-olah dia adalah Menteri Dalam Negeri pulak?.. Dia dah lupa ke dia bukan Menteri Dalam Negeri?
Dia sedar atau tidak dalam isu MH370 ini dia bercakap atas kapasiti Pemangku Menteri Pengangkutan jadi hal samada siasatan masih diteruskan atau tidak bukan hal dia..
Tiga hari lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan kesemua 227 penumpang telah "dibersihkan" daripada empat elemen siasatan itu.
Tiba-tiba semalam pula..
KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas semua penumpang dan anak kapal pesawat penerbangan MH370 masih diteruskan dan belum ada mana-mana di kalangan mereka yang telah dibersihkan daripada siasatan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, siasatan yang menyentuh kemungkinan rampasan, keganasan, latar belakang psikologi dan peribadi melibatkan semua mereka yang berada dalam pesawat itu masih berjalan.
“Saya tidak rasa sesiapa (penumpang dan anak kapal) telah dilepaskan dari sebarang siasatan. Senarai penumpang yang termasuk anak kapal, masih disiasat di bawah empat perkara pokok iaitu kemungkinan rampasan, keganasan, latar belakang psikologi dan peribadi yang diingatkan berkali-kali oleh Ketua Polis Negara,” katanya semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
Hishammuddin berkata demikian semasa menjawab soalan sama ada kesemua penumpang di dalam pesawat MH370 telah didapati “bersih” dari sebarang perkara yang mencurigakan~ Astro Awani