Dalam pelancaran novel Samad Sungai Mengalir Lesu di ibu negara malam tadi, seorang pengulas membangkitkan soal pembelian lukisan bernilai “belasan ribu ringgit” yang didakwa gagal dibayar kerajaan negeri.
Penulis terkenal Uthaya Sankar SB juga membangkitkan dakwaan Samad “dipulaukan” BN setelah bergiat dalam dunia aktivisme tetapi dalam masa sama didakwa “dipinggirkan” Pakatan Rakyat.
Sambil menegaskan beliau sayangkan Pakatan dan “menyampah” dengan BN, Pak Samad dalam penjelasannya bagaimanapun tidak menyalahkan kerajaan negeri kerana rundingan dibuat dengan seorang exco, yang tidak dinamakannya.
Pak Samad juga menjelaskan dua lukisan, yang kemudian dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu bernilai RM8,000 setiap satu.
"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.
"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8,000," Pak Samad dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani dalam laporannya jam 8.00 pagi tadi.. di SINI
Bagaimanapun.. jam 4.00 petang ini, Malaysiakini melaporkan Kerajaan Selangor akan bayar lukisan itu..
Kerajaan Selangor akan menjelaskan bayaran untuk dua buah lukisan sasterawan negara Datuk A Samad Said yang didakwa tidak dibayar seorang exco kerajaan negeri.
Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail berkata, apa yang berlaku adalah ekoran salah faham kerana beliau yang ketika itu memegang portfolio kebudayaan negeri, tidak mengetahui yang lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.
Rodziah berkata dua lukisan tersebut telahpun diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selanngor (Padat).
"Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco negeri di Shah Alam hari ini lapor Malaysiakini
Takkan nak tunggu sampai dijadikan bahan berita oleh Astro baru nak bayar kot??