Apa yang jelas kini ialah siasatan mendalam yang dihalakan kepada Kepten Zaharie adalah satu percubaan untuk menjadikannnya sebagai Kambing Hitam.
Kambing Hitam untuk menutup kelemahan Kerajaan Barisan Nasional dalam menangani tragedi yang menjadi perhatian dunia pada masa ini..
Setiap inci kehidupan Kapten Zaharie telah disiasat. Polis juga mengambil simulator beliau, membuka dan meletaknya di Bukit Aman.
Ahli keluarganya juga disoal siasat termasuk oleh FBI.
Naratif rekaan ini berfungsi untuk meningkatkan syak wasangka bahawa MAS dan kerajaan cuba menyalahkan Kapten Zaharie serta juruterbang bersamanya.
Tindakan meletakkan kesalahan ketika beliau tidak mampu mempertahankan diri adalah amat tidak berhati perut.
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.
Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.
Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.
Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370. - New York Times
FBI dah sahkan tiada bukti untuk mengaitkan Kapten Zaharie dengan pesawat yang hilang itu.. Najib tak mahu minta maaf ke?