
Menurut Portal Perak Today, dianggarkan 60,000 rakyat jelata memeriahkan majlis Tahun Baru Cina Malaysia 2012 yang berlangsung di Padang Lapangan Terbang Sitiawan bermula jam 8.45 malam tadi.
Ini sebahagian dari laporan Perak Today itu..
Kehadiran Najib dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan tetamu kenamaan lain disambut meriah dengan tarian singa dan hampir 20 ahli keluarga Sing Leng turut berkumpul untuk menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu.
“Saya sekeluarga begitu gembira dan teruja menerima kunjungan Perdana Menteri ke rumah saya sempena Tahun Baru Cina.
“Ini merupakan kenangan paling manis dalam hidup saya keluarga kerana dapat berjumpa dengan Najib dalam suasana yang mesra dan muhibbah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.
Katanya, kunjungan itu juga membuktikan kerajaan pimpinan Najib serius untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia.
Beliau katanya, pernah melihat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dari jauh tetapi beliau tidak langsung menduga akan bertemu dengan Najib yang kini merupakan Perdana Menteri keenam.
Anaknya, Tan Kee Siew, 40, pula berkata semua ahli keluarganya tidak mahu melepaskan peluang untuk bermesra dengan Perdana Menteri dan tetamu kenamaan lain.
Sambutan Tahun Cina tahun ini juga pastinya lebih bermakna bagi keluarga Ling Tai Yew, 52, dan Ngu Mee Ang, 49, apabila Perdana Menteri sudi meluangkan masa untuk menziarahi keluarga berkenaan.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu beberapa hari lalu dan langsung tidak menyangka pemimpin nombor satu negara dan tetamu kenamaan lain turun padang untuk berjumpa rakyat di Sitiawan.
“Hari ini saya sekeluarga cukup bertuah kerana dapat bertemu dan bermesra dengan Perdana Menteri dan meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama kami,” tegasnya lagi.
Selain itu, peluang bertemu Perdana Menteri kata Ling, akan dimanfaatkan untuk menyuarakan hasratnya agar pihak kerajaan dapat membantu anak perempuannya menghidap sakit mental.
Selain keluarga Tan dan Ling, kemeriahan turut dirasai jiran mereka, M Muniandy, 37, yang tinggal di taman perumahan sama.
Katanya, sejak 10 tahun, masyarakat di situ hidup dengan aman kerana saling hormati-menghormati antara satu sama lain.
“Apabila tiba musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, saya akan berkunjung ke rumah jiran untuk sama-sama meraikannya dalam suasana harmoni.
“Amalan kunjungi-mengunjungi ini perlu diteruskan kerana dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa,” kata pemandu lori itu lagi.
Dianggarkan 60,000 rakyat jelata memeriahkan majlis Tahun Baru Cina Malaysia 2012 yang berlangsung di Padang Lapangan Terbang Sitiawan bermula jam 8.45 malam ini.
Majlis itu diserikan dengan pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina termasuklah tarian singa membabitkan 250 kumpulan yang terbesar pernah diadakan setakat ini.
Betul kah seramai itu yang hadir? tapi... betul atau tidak jumlah yang hadir tu 60,000 entahlah.. pasal Portal Perak Today tu saja yang kata seramai itu..
Kalau 60,000 yanh hadir.. bolehkah dibanggakan jika kehadiran mereka perlu diangkut?
Dianggarkan Bas upahan untuk membawa orang kampung melebihi 300 buah...cuba tengok gambar di bawah..bersusun beb...
Kalau tak diangkut dengan ratusan bas,maka kehadiran akan hanya memalukan Najib dan Zambry.
