Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Imej satelit dikesan Australia tiada kaitan pesawat MH370 menurut Tentera Laut AS

$
0
0

Macam main teka teki pulakdah penemuan dua imej satelit dengan saiz 24 meter (79 kaki) yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air oleh pihak Australia ini..

Pihak Australia dilaporkan telah menemui dua objek tersebut dua hari yang lalu, mereka telah menghabiskan selama dua hari untuk melakukan pengesahan imej tersebut sebelum perkara ini didedahkan dalam Parlimen oleh Perdana Menterinya..

Tetapi, Komander William Marks, jurucakap Tentera Laut AS 7 Fleet berkata, ia tidak berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Ini kerana radar pesawat canggih P-8A Poseidon milik Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengesan objek yang berada di lokasi penemuan satelit Australia.

Kalau kita bermain teka teki.. biasanya yang memberikan soalan tahu apa jawapannya...

Ni laporan penafian oleh pihak US..

Radar pesawat canggih P-8A Poseidon milik Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat turut mengesan objek yang berada di lokasi penemuan satelit Australia.

Bagaimanapun, Komander William Marks, jurucakap Tentera Laut AS 7 Fleet berkata, ia tidak berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Wartawan ABC News, David Wright, satu-satunya wartawan mengikut operasi pesawat tersebut melaporkan anak kapal memberitahunya radar pesawat mengesan objek di kawasan perairan Laut Hindi tersebut.

P-8A merupakan pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut ~ The Malaysian Insider

Ini pula laporan mengenai penemuan objek itu..

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan penemuan dua objek di Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia berwibawa, tetapi ia masih belum disahkan sebagai pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Hishammuddin berkata laporan penemuan satelit tersebut adalah pemecah berita dalam usaha mencari dan menyelamat yang masuk hari ke-13.

"Penemuan tersebut berwibawa, tetapi ia masih belum disahkan dan dipastikan," kata Hishammuddin dalam sidang media yang padat dengan wartawan di Hotel Sama-Sama hari ini.

Hishammuddin berkata setiap petunjuk yang ditemui perlu disahkan kebenarannya bagi mengelak memberi sebarang harapan palsu kepada ahli keluarga penumpang MH370.

"Ia supaya tidak memberi harapan palsu kepada keluarga penumpang ~ The Malaysian Insider

Macam yang Hishamuddin kata itu betul.. penemuan tersebut boleh dianggap berwibawa tapi ianya belum disahkan kerana fizikal objek masih dicari..

Tapi pihak US dengan segera menafikannya.. kenapa agaknya????

Macam apa yang aku kata sebelum ini.. kita ketepikan apa agenda politik kita buat masa ini.. kita pandang insiden ini dari mata dunia luar..

Sebab kalau kita pandang dari sudut politik dalam negara kita ni.. Najib tuduh Anwar.. Anwar pulak tuduh Najib.. pi mai pi mai dok tang tu jugak..

Yang jelasnya sekarang ini politik dalam negara kita semakin panas dengan insiden ini dan dalam masa yang sama juga hubungan dua hala antara negara kita dan negara China mula terjejas..

Oleh itu dilaporkan oleh Gordon Duff, Senior Editor dari Veterans Today di ( SINI ) MUNGKIN ada kaitannya....

Entahlah..

Sementara mereka mencari bersamalah kita mendoakannya..

Ya Allah Ya Tuhan kami... kami bermohon kepada.mu kau selamatkanlah dan kau lindungilah mereka walau dimana jua mereka berada..sesungguhnya engkaulah yang maha melindungi .  
YaAllah YaTuhan kami.. jika benar mereka berada didasar laut kau timbulkan lah mereka... dan jika benar meraka berada diatas kau turunkanlah mereka dengan selamat.. 
Sesungguh nya engkaulah yang maha mengetahui.. YaAllah YaTuhan ku kau berikanlah petunjuk..kepada kami dan kau permudahkanlah segala urusan pencarian ini... Amin..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417