Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

MH370 : Polis dedahkan data dalam simulator Kapten Zaharie yang telah dipadam..

$
0
0

Ketika perhatian awam beralih kepada kapten Penerbangan MH370 dan simulator penerbangannya, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Hussein mengingatkan bahawa semua dalam pesawat yang hilang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Sesetengah data telah dipadam dari simulator dan kerja-kerja forensik digunakan untuk mendapatkan data ini, sedang dijalan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa penumpang, juruterbang, dan anak-anak kapal, tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Demi keluarga mereka, saya meminta kita tidak membuat spekulasi yang tidak perlu yang membuat masa yang sudah sukar ini, menjadi lebih sukar," kata Hishammuddin dalam sidang akhbar mengenai krisis MH370 petang ini.

Dalam pada itu Bernama melaporkan data yang telah dipadam itu adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

'Data simulator dipadam libat 3 jenis permainan'

Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di Sepang hari ini.

Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu.

Penerbangan MAS MH370 yang membawa 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam Jumaat.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

Khalid juga berkata data yang dipadam itu akan diperoleh semula melalui kaedah forensik dengan melibatkan pakar dari CyberSecurity Malaysia, pakar luar negara dan MAS.

Katanya keluarga Zaharie dan keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid juga memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses penyiasatan berlangsung.

"Apa juga yang kami perlukan, semua anggota keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang telah beri sepenuh kerjasama dan tiada masalah untuk kami dapatkan sebarang maklumat," katanya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles