Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Kononnya Kerajaan telah sehabis telus sampaikan maklumat tentang MH370.. Tapi...

$
0
0

Kononnya... kerajaan akan bersikap telus dan telah memberitahu segala maklumat yang telah disahkan berhubung kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kerajaan telah sehabis telus sehingga sanggup mengetepikan kepentingan negara apabila berkongsi data pasukan tentera dalam usaha mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

“Itu adalah arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari awal lagi, bahawa kita akan menjadi setelus yang boleh namun dengan syarat maklumat yang telah disahkan dan tidak menjejaskan siasatan.

“Macam mana kita boleh sembunyikan maklumat apabila melibatkan nyawa orang yang kita belum temui," katanya dalam satu sesi temuramah eksklusif dengan wartawan CCTV English Channel, James Chau.

Hishammuddin berkata, bagi berlaku adil kepada siasatan dan keluarga mangsa, hanya maklumat yang telah disahkan akan dikeluarkan oleh kerajaan supaya maklumat itu mempunyai kredibiliti dan diyakini.

Hakikatnya... ianya bukanlah telus sehabis telus sebagaimana yang sepupu Najib itu maklumkan kepada semua..

Baca laporan ni...

Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan ‘sulit’ MH370

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terus mempertikai tindakan kerajaan pusat yang mendiskriminasi mereka berhubung penjelasan kehilangan pesawat MH370.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak tahu mengapa sesi taklimat itu sengaja disembunyikan dan perlu dipolitikkan seperti tidak membabitkan kepentingan negara.

Katanya, kerajaan pusat harus lebih profesional dalam menangani perkara berkenaan dan berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen.

anwar ibrahim parliament 1“Saya tak faham mengapa taklimat itu tidak diberikan kepada semua kepada Ahli Parlimen.

“Soalnya, mengapa taklimat ini mahu dipolitikkan dan mengapa tidak bersedia berdepan dengan semua Ahli Parlimen? Apa yang mahu disembunyikan?” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berpandangan taklimat itu sengaja diadakan secara tertutup bagi meraih sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyerang atau bertanyakan soalan jika dibentangkan di Dewan Rakyat.

Katanya, hal itu didorong oleh kelemahan kerajaan pusat yang semakin ketara dalam menangani isu berkenaan ditambah dengan pelbagai kenyataan bercanggah menteri bertanggungjawab.

khalid samad parlimen tie 01“Ia adalah taklimat untuk mendapatkan sokongan padu daripada Ahli Parlimen BN supaya jangan serang atau bertanyakan soalan kepada menteri nanti. Kerajaan tidak mahu berhadapan masalah dengan Ahli Parlimen PR,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, mendesak supaya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk hadir ke sidang Dewan Rakyat bagi memberi penjelasan berhubun perkara itu.

“Ia mesti diketahui semua wakil rakyat kerana perkara ini menimbulkan banyak kemarahan dari negara luar terutama China,” katanya.

Hishamuddin dalam jemputan bertarikh 14 Mac lalu menyatakan penjelasan itu dijadualkan di Aloft KL Sentral, pada jam 8.30 malam ini ~ Selangorku


Persoalannya.. jika Kerajaan Barisan Nasional mengenepikan Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia  dan telah mengangkat sumpah kerahsiaan negara dalam sesi penerangan ini..

Adakah kita rakyat boleh mempercayai ketelusan yang sehabis telus sepertimana yang dikatan oleh sepupu Najib itu?

Apa yang hendak dirahsiakan dari kita sebenarnya???

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417