Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Obama saksikan ritual Bomoh cari MH370 di KLIA?.. Gambar edit tu.. ni gambar asal..

$
0
0

Nasib baiklah aku tak post gambar kat atas ni dalam Facebook aku tadi.. kalau tidak mampus aku kena belasah dengan Blog macai-macai UMNO...

Mula-mula tadi aku terjumpa gambar kat atas tu dalam Facebook Media Rakyat..


Oleh kerana gambar tersebut telah dikongsi oleh lebih dari 2,000 orang, aku pun terus save dan 'Tweet' gambar tu tanpa berfikir panjang..

Tapi aku tiba-tiba menjadi ragu-ragu dengan gambar itu, kerana kalau tak silap aku... petang di Malaysia, awal pagi di US.. takkanlah Osama tu dah bangun masuk office?

Jadi aku cuba pastikan kesahihan gambar tu melalui 'Google Image'..

Rupa-rupanya gambar tersebut telah di edit.. entah siapa punya kerja tak tahulah..

Gambar tersebut juga pernah di'edit' oleh agensi berita Iran, Iranian News pada Mei 2013 dengan meletakkan imej pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah sedang berucap..

Kononnya untuk menunjukkan kepada dunia Presiden US, Barrack Obama turut berminat untuk mendengar ucapan Hassan Nasrallah..


Kemudiannya pula pada Feb. 2014 pula gambar tersebut sekali lagi di'edit', kali ini oleh pemimpin politik dari India pula..

Imej asal pada skrin TV telah digantikan dengan imej Ahli politik India, Narendra Modi, ianya digunakan untuk memperbodohkan rakyat India..

Kononnya Presiden US sedang mengikuti dengan penuh minat kempen Narenda sebagai Perdana Menteri India yang seterusnya...


Hari ini pula sekali lagi gambar tersebut menjadi mangsa 'edit'.. kali ini imej diskrin ditukar dengan imej Bomoh UMNO sedang menjalankan ritualnya di KLIA..


Siapa punya kerja ni?.. sudah-sudahlah buat kerja macam ni..

Sudahlah sekarang rakyat China mempersendakan Malaysia kerana menjemput Bomoh UMNO itu untuk tolong cari MH370 tu..

Bloomberg pun turut pertikai pentadbiran Najib dalam krisis kehilangan MH370 ni.. sila baca di ( SINI )

Nanti tak pasal-pasal pulak kecoh seluruh dunia 'Malaysia edit gambar Osama..'

Malu saja yang kita dapat..

Ni gambar asal... Obama sedangn menyaksikan Hosni Mubarrak sedang berucap di White House sebelum Hosni Mubarrak tumbang...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417