Bernama semalam melaporkan Balai Ketibaan Lapangan Terbang KLIA gempar seketika petang semalam apabila munculnya seorang lelaki yang mendakwa dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP.
Dia mendakwa dirinya mampu membuat melihat keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak sabtu lalu.
Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, mendakwa dia tahu semua penumpang pesawat MH370 masih berada dalam keadaan yang selamat di satu lokasi terletak di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah lagi negara asing yang tidak dapat dipastikan.
Jelasnya, pesawat MH370 berkenaan kini berada dalam dua keadaan sama ada diculik pihak tertentu atau disembunyikan alam ghaib.
Katanya beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas jemputan seorang pegawai tertinggi negara (VIP) bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.
Mulanya aku malas nak pertikaikan apa yang di buat ni pasal aku ni tak cukup pandai dalam hal ni.. sebab ada Ulama kata buatlah asal tak langgar syariat sudahlah..
Sedangkan ada hadith riwayat Muslim dan Ahmad menegaskan “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.”
Satu lagi hadith pasal bomoh “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” Hadith riwayat Ahmad, Al-Hakim
Tapi bila aku dengar apa yang dia kata dalam video di bawah ni.. terkedu jugak aku..
Dia kata dia naik kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu melintas di Tawau?.. korang tengoklah peta kat bawah ni..
Dimana Kuala Lumpur, dimana Tawau dan dimana Kota Kinabalu??.. lojik ke apa yang dia kata tu?
Entah mana punya VVIP yang jemput dia ni??.. Kalau VVIP negara ni tentulah dari kalangan pemimpin-pemimpin UMNO..
Maka tak hairanlah kalau Dr. Maza kata ini adalah satu kerja bodoh yang tidak waras...
Sebab hanya orang bodoh akan buat kerja bodoh dan Mahathir telah berulang kali menegaskan hanya orang yang bodoh kini bersama UMNO...
Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.
Sambil menyifatkan langkah itu sebagai "satu kerja bodoh", Asri berkata, langkah “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras.
“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.
“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Bernama semalam melaporkan, kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.
Ibrahim berkata, beliau menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan mangsa agar dapat dijumpai secepat mungkin.
Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Asri menegaskan, dalam Islam, tiada sesiapa yang mengetahui perkara ghaib kerana ia di luar pengetahuan manusia.
“Tiada siapa boleh buat kuasa tuhan. Kalau boleh, sudah tentu Nabi Muhammad menjampi semua penentangnya supaya terima Islam.
“Kuasa-kuasa ghaib ini kalau berlaku menggunakan perantara syaitan. Mungkin (hasilnya) jadi, tapi ia bukan ajaran Islam,” katanya ~ Malaysiakini
Sekarang habis 1Malaysia tahu ada VVIP yang percaya kepada bomoh... kalau nak buat juga macam ni jemputlah dia pergi rumah sendiri bukannya ke lapangan terbang..
Pintu masuk negara Lapangan Terbang tu...