Semalam Presiden Perkasa yang kalah kepada Nik Abduh dalam PRU13 di kerusi Parlimen Pasir Mas mendakwa beliau 1,000 kali lebih baik dan layak menjadi Perdana Menteri jika nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.
Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.
Tapi ada yang meninggalkan komen dalam Pages aku "Kalau dia nie jadi PM alamat semua kena makan katak..... lihat di SINI
Kali ini pula muncul Zaid Ibrahim.. seperti Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim juga menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur untuk dibandingkan dengan dirinya..
Walaupun populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar digugat, namun dari segi prinsip politik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan dirinya lebih baik.
Bekas Presiden Parti Kita itu berkata, prestasi Anwar kian merosot apabila gagal membawa PR ke Putrajaya dan gagal mempertahankan Kedah serta Perak di bawah pentadbiran mereka.
Berapa baik tak tahulah sebab dia tak nyatakanpun berapa kali gandakah dia lebih baik dari Anwar Ibrahim.
Persoalannya disini mengapa Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim menjadikan Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur untuk membandingkan prestasi mereka?
Kenapa mereka tidak menjadikan Najib sebagai perbandingan dengan diri mereka?..
Adakah Najib terlalu lekeh atau teruk buat mereka sehingga malu untuk dijadikan kayu ukur?.. he..he..
Laporan berkaitan..
Anwar popular tapi saya lagi hebat
KAJANG - Walaupun populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar digugat, namun dari segi prinsip politik, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan dirinya lebih baik.
Bekas Presiden Parti Kita itu berkata, prestasi Anwar kian merosot apabila gagal membawa PR ke Putrajaya dan gagal mempertahankan Kedah serta Perak di bawah pentadbiran mereka.
"Sebelum PRU13 beliau mungkin dilihat sebagai individu yang berkuasa. Tetapi selepas itu tidak lagi, penyokong boleh nilai sendiri prestasi dan kelemahan beliau.
"Tetapi saya konsisten, saya lebih baik daripada beliau," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kajang, semalam.
Ditanya bagaimana beliau mampu memberi saingan kepada pemimpin utama PKR itu, Zaid berkata, beliau lebih terbuka dari Anwar.
"Saya tidak boleh ceritalah apa kekuatan saya. Tetapi saya lebih terbuka daripada Anwar. Rakyat sudah bosan dengan pemimpin politik yang suka main politik saja," katanya.
Selain itu Zaid berkata, beliau enggan berkempen melalui sesi ceramah seperti amalan PR, sebaliknya akan menggunakan platform soal jawab dalam skala kecil-kecilan sebagai kaedah kempen beliau.
Tegasnya lagi, keputusan untuk bertanding di Dun Kajang bukanlah untuk memecahkan undi mana-mana kaum lapor Sinar Harian