Kata Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, AMK merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.
Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.
Hairan juga aku dengan kenyataan Ketua AMK ni.. adakah beliau tidak faham atau tidak tahu apa agenda BERSIH?
Kenapa perlu digerakkan BERSIH 3.0 kalau Anwar dipenjara?
Setahu aku.. tujuan BERSIH adalah untuk menuntut 8 perkara yang punya kaitan dengan Pilihanraya, BERSIH bukan digerakkan untuk menunjukkan sokongan (membodek) Anwar, tak ada kena mengena langsung BERSIH dengan Anwar tu Bro..
Lapan perkara yang menjadi tuntutan BERSIH kalau Ketua AMK tu dah lupa..
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Dalam lapan perkara diatas tak ada satupun agenda yang mengatakan pertahankan Anwar, jadi jelas BERSIH tiada kaitan dengan Anwar.
BERSIH juga digerakkan bukan sebagai menunjukkan sokongan kepada Anwar.. BERSIH tidak menyokong Anwar tetapi Anwar yang menyokong BERSIH.
Kalau Samsul Iskandar hendak juga melakukan demo demi mununjukkan sokongan padunya kepada Anwar, lakukan atas platform yang lain.. bukannya hijack program BERSIH.
Tak perlu rasanya BERSIH digerakkan untuk kepentingan peribadi..
Apa yang aku nampak dalam laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini dibawah ini, Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar lebih bijak dan memahami agenda BERSIH..
Lagipun… kalau setakat merancang saja.. rancanglah BERSIH 3.0, BERSIH 4.0, BERSIH5.0 sampai BERSIH1000.0 sekalipun, bila tiba masa demo tak nampak muka tak guna jugak Bro..
**************************************
AMK: BERSIH 3.0 jika Anwar dipenjara
Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.
Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.
NONEKatanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.
"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.
"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).
"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.
NONESementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.
"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.
Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.
Malaysiakini
Tak puas hati dengan artikel ni?? baca kat ( SINI )