Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Sepatutnya TS Khalid lakukan perkara ini sebelum beliau diserang...

$
0
0

Tentu ramai yang tak menyedari kenapa agaknya isu penamatan kontrak Azmin Ali dan 22 Kakitangan PKNS tiba-tiba terpadam bila TS Khalid menyatakan akan hasratnya untuk membawa masuk SPRM untuk menyiasat perkara itu.

Agak pelik bunyinya itu kerana apa kena mengena SPRM dengan isu penamatan kontrak itu, tak masuk akal langsung tindakan yang hendak dilakukan oleh TS Khalid itu.

Sejak dari PKR/PR mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor, kira-kira RM40 Juta telah digunakan bagi membiayai Kelab Bolasepak PKNS.

Dimana pada tahun awal pengambil alihan pemerintahan pada tahun 2008 peruntukan untuk kelab tersebut dikatakan hanya berjumlah kurang dari RM2.5 Juta.

Bagaimanapun ianya mula meningkat pada tiga tahun terakhir ini dimana peruntukkannya mencecah RM10 Juta bagi setiap tahun.

Wang yang digunakan bagi membiayai Kelab tersebut dikatakan datangnya dari dua anak syarikat PKNS iaitu SIC dan Selaman.

Masaalahnya yang kini dihadapi oleh PKNS ialah akaun kini tunggang langgang dan tiada sesiapapun yang menjelaskan bagaimana dana yang digunakan untuk membiayai Kelab bolasepak tersebut digunakan dan untuk apa.

Tambahan pula kebanyakkan tuntutan dilakukan tanpa dokumen bukti seperti resit dan lain-lain..

Dalam pada itu lapan individu dari PKNS telah diamanahkan untuk berada dalam PKNS FC, dan gaji mereka dikatakan mencecah RM200,000 setahun.

Itu tidak termasuk elaun yang dibayar kepada mereka untuk menguruskan PKNS FC..

Sudah tentu mereka sedar akan sesuatu yang tak kena dan sedang berlaku itu.. tetapi mengapa mereka membutakan mata, memekakkan telinga?

Adakah mereka telah diberi ‘makan’ secukupnya?.. siapa yang memberi mereka ‘makan’?.. untuk apa pula mereka di beri ‘makan’?

Semuanya pasti akan terbongkar jika SPRM dibawa masuk menyiasat dan bertindak… bukannya menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau perbelanjaan PKNS...

Laporan berkaitan..

MB: Selangor tubuh jawatankuasa khas pantau perbelanjaan PKNS

Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri daripada barisan exco untuk memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, bagi tujuan itu tiga anggota exco yang dilantik adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Iskandar Samad; Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail.

"Secara prinsipnya, kami mendapati terdapat isu yang melibatkan tatacara penggunaan dan perbelanjaan dana yang perlu diperbaiki," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, hari ini.

Pemantauan yang dimaksudkan Abdul Khalid termasuk dana perbelanjaan bagi pasukan bola sepak PKNF FC sebanyak RM9 juta setahun, pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dan perbelanjaan Tanggungjawab Sosial Korporat sebanyak RM30 juta setahun.

Kerajaan negeri ketika mesyuarat exco juga sebelum itu diberi taklimat oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Alfiah berkenaan pengurusan kewangan PKNS sejak enam tahun lalu.

"Kami akan memantau perkembangan PKNS dengan teliti untuk memastikan sumber syarikat diuruskan secara profesional untuk memberi manfaat maksimum kepada rakyat Selangor selaras dengan agenda hasil negeri untuk rakyat," katanya.

Anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kontroversi, termasuk pengguguran Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali daripada jawatan ahli lembaga pengarah.

Selain itu, dua pegawai tinggi PKNS; bekas Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutifnya, Norita Mohd Sidek dipindahkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta-merta, ekoran isu pengguguran Azmin.

Terbaru, 22 kakitangan berjawatan kontrak PKNS turut tidak disambung perkhidmatan mereka, seminggu selepas pengguguran Azmin.

Abdul Khalid dilaporkan berkata penamatan kontrak mereka akan dapat menjimatkan RM7 juta perbelanjaan PKNS ~ The Malaysian Insider


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417