Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Penafian Rosmah di sangkal oleh Kolumnis Sydney Morning Herald

$
0
0

Aku tak pasti apa yang Rosmah fikir ketika mengeluarkan kenyataan bahawa pereka Fashion dari Australia akan mengeluarkan kenyataan tentang dakwaan bahawa Rosmah telah shopping mencecah RM325,000 di Sydney.


Mungkin beliau menjangkakan bahawa semua orang boleh dikuasai dan akan tunduk kepada arahannya dan dengan keyakinan itu beliau telah berkata "The Australian designer will be making a statement soon," seperti yang dilaporkan The Sun (sila baca di SINI )

Malang buat Rosmah.. apa yang diharapkan tidak menjadi seperti yang diharapkan iaitu Pereka Fesyen dari Australia mengeluarkan kenyataan menafikan..

Belum sempat Pereka Fashion dari Australia mengeluarkan kenyataannya, kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

Beliau mempertahankan dakwaannya itu dengan mengatakan beliau punya bukti kukuh…




Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417