Maklum balas daripada pengundi di Parlimen Permatang Pauh mendapati kebanyakan mereka tidak menyukai dan kecewa dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Selangor.
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said berkata mereka berpendapat tindakan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu adalah jelas demi kepentingan politiknya untuk memperoleh kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
Beliau berkata seluruh masyarakat Permatang Pauh menyedari bahawa selama Anwar menjadi anggota Parlimen di sini beliau gagal melaksanakan amanah yang diberi dan pencapaiannya amat teruk sekali.
"Sebanyak 70,760 pengundi di Permatang Pauh sudah semestinya amat terkilan dengan keputusan Anwar itu kerana selama ini beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu dan tiba-tiba mahu bertanding di Kajang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PKR yang menamakan Anwar untuk mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang, sekiranya ada pertandingan, selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Isnin.
Sementara itu, Mohd Zaidi berkata Umno bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar 30 petugas sepenuh masa sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika Barisan Nasional menghantar calon untuk bertanding.
"Kami akan hadir di sana dengan segala maklumat, bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh dimenangkan di Kajang dan dalam masa yang sama satu lagi pasukan akan mengumpul segala maklumat daripada penduduk di Permatang Pauh bagi mendedahkan masalah rakyat yang anggota Parlimen itu tidak selesaikan sekian lama," katanya ~ Bernama
Kah.. kah.. kah.. entah bila pihak UMNO ni bergerak mengumpul maklum balas dari 70,760 pengundi itu aku pun tak tahu..
Sebabnya salah seorang dari 70,760 pengundi itu ialah aku... tak ada siapapun dari UMNO yang datang berjumpa aku bertanyakan pendapat tentang Anwar bertanding di Kajang tu..
Bukan saja aku, Isteri aku, emak aku, bapa aku dan adik beradik aku serta kawan-kawan aku yang mengundi di Permatang Pauh ni tak ditemui oleh wakil UMNO bertanyakan pendapat tentang perkara ini.
Jadi dalam hal ini Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh ini telah berbohong dan cuba untuk memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan cerita bohongnya itu..
Lagipun dari 70,760 pengundi di Permatang Pauh itu bukan semuanya telah mengundi Anwar Ibrahim / PKR dalam PRU13 yang lalu..
25,369 orang dari mereka telah mengundi BN manakala 37,090 orang lagi telah mengundi PKR/PR dan 201 orang pengundi lagi telah mengundi calon Bebas.
Kalau Ketua Bahagian UMNO itu bertanyakan pendapat kepada 25,369 orang pengundi yang mengundi BN itu.. apa saja Anwar Ibrahim buat semuanya mengecewakan mereka.. tak ada yang tak mengecewakan selain dari mengecewakan belaka..
Tapi adakah mungkin pihak UMNO mampu menemui 25,369 orang pengundi mereka itu dalam masa yang begitu singkat ini?.. jawapannya tentu tidak..
Jadi dalam hal ini mengapa dikatakan kebanyakkan pengundi Permatang Pauh kecewa dengan tindakan Anwar bertanding di Kajang itu?
Mungkin 'mereka' yang dimaksudkan oleh Cikgu Zaidi di atas adalah ahli-ahli UMNO.. jadi tak hairanlah jika mereka tidak menyukai dan kecewa dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim..