Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Selepas Demo di hadapan Pusat Khidmatnya, Khai Loon terima ugutan bunuh pula..

$
0
0
Umno tidak boleh lari daripada tanggungjawab ekoran insiden keganasan dalam perhimpunan yang dihadiri pemimpin dan penyokong mereka semalam bagi membantah 'flash mob kangkung' menyindir perdana menteri.

Perkara itu diluahkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menjadi sasaran kemarahan dalam perhimpunan di Pulau Pinang semalam.

“Adakah dengan menafikan himpunan tersebut dianjurkan oleh Umno boleh lari daripada tanggungjawab keganasan dan kekerasan yang telah berlaku?” soalnya.

Lee mendakwa, penafian Umno negeri berhubung penganjuran perhimpunan itu benarnya cubaan memisahkan diri dengan keganasan dalam himpunan yang menurutnya tidak terkawal.

Perhimpunan semalam menyaksikan insiden dua lelaki diserang. Anggota Majlis Tertinggi Umno Reezal Merican Naina Merican semalam ketika ditanya perkara itu berkata, mereka tidak menganjurkan perhimpunan itu, justeru bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Dalam kenyataannya hari ini, Lee juga berkata, Umno juga telah berulang kali menggunakan persatuan pro mereka sebagai “samseng” di barisan hadapan untuk mengapi-apikan semangat perkauman. 

”Mereka telah menjadikan himpunan aman kepada keganasan dan kekerasan,” katanya.

Menolak penafian itu, Lee membangkitkan penyertaan pemimpin kanan Umno dalam perhimpunan itu, termasuk setiausaha Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir lapor Malaysiakini.

Gambar dan video demonstrasi penyokong UMNO tersebut sila lihat di SINI

Sementara itu pagi ini menurut seorang Pegawai kepada Lee Khai Loon, Khai Loon telah menerima satu SMS berbaur ugutan dan perkauman dari individu yang tidak dikenali.

Berikut adalah SMS tersebut menurut Ikhwan Naseer..


Satu laporan Polis akan dibuat hari ini oleh Ikhwan terhadap individu yang mengirimkan SMS ini hari ini...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417