Hujung tahun lalu untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya Rosmah Mansor berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, Najib mendedahkan jasa-jasa isterinya.
“Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.
“Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,” kata Najib.
Jasa kedua yang didedahkan Najib silalah baca di SINI
Kini rakyat Malaysia diluar negara ditimpa masaalah lagi, kali ini ianya melibatkan sepasang suami isteri yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Sweden untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.
Jika seorang yang telah dituduh sebagai perisik boleh dibebaskan dengan hanya satu panggilan telefon oleh Rosmah Mansor, kenapa kali ini tidak diminta Rosmah membantu?
Lagipun sebab pasangan suami isteri itu ditahan tidaklah kesalahannya tidaklah seserious Pelajar Malaysia itu ditahan..
Tak perlulah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghantar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ke Sweden bagi membantu empat anak pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan reman di Stockholm itu..
Tinggi kosnya itu.. mintalah bantuan Rosmah untuk menghubungi isteri PM Sweden supaya dibebaskan pasangan suami isteri itu.. kan lebih jimat cara itu..
Bebaskan pasangan suami isteri itu maka terpeliharalah kebajikkan anak-anaknya itu...
Ini laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia menghantar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Sweden bagi membantu empat anak pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan reman di Stockholm.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kehadiran pegawai JKM adalah untuk berbincang dengan pihak kebajikan Sweden demi kesejahteraan anak kakitangan Tourism Malaysia dan isterinya itu.
"Kementerian amat prihatin dengan nasib yang menimpa empat beradik yang diperintahkan oleh pihak berkuasa Sweden untuk dijaga oleh keluarga angkat susulan mendapat laporan dipukul oleh ibu bapa kerana tidak solat.
"Dalam masa yang sama, kementerian berharap satu jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azizul Raheem Awalludin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.
Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.
Berikutan itu, keempat-empat beradik berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial Sweden sejak ibu bapa mereka ditahan. - Bernama