Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Difitnah salahguna RM50,000 bantuan banjir untuk shopping.. Ini jawapan dari Fuziah Salleh

$
0
0
Walaupun banjir yang mengakibatkan lebih kurang 20,000 menjadi mangsa di Kuantan telah berakhir namun fitnah macai terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR ini masih belum berakhir nampaknya..

Sebuah portal Pro UMNO telah mendakwa Fuziah Salleh telah menyalahgunakan bantuan banjir berjumlah RM50,000 untuk membeli belah dan makan angin di Guangzhou, China.

Dakwa portal berkenaan..


Menjawab fitnah macai di atas satu laporan Polis telah dibuat oleh YB Fuziah Salleh..


Dalam laporan itu beliau menegaskan individu yang bertanggungjawab menguruskan hal program bantuan banjir ke Pantai Timur ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yb Rodziah Ismail.


Ini laporan Polis nya..



Menurut beliau isu ini telah diputar belit bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan Kerajaan BN dalam menangani isu banjir kali ini.

Menjawab soalan wartawan mengenai masalah bantuan banjir bernilai RM500.00 setelah selesai membuat laporan Polis.

Fuziah menegaskan bahawa beliau telah bertanya dengan Pengarah JKM Pahang yang terlibat dan menurut Pengarah berkenaan, JKM telah menyerahkan nama-nama penerima ehsan banjir ke MKN pada 26 Dis 2013.

Malangnya apabila perkara itu dirujuk kepada MKN, pihak MKN mendakwa mereka tidak memperolehi senarai nama berkenaan.

Kenyataan antara JKM dan MKN jelas bercanggah, persoaanlnya disini kemanakah nama-nama penerima ehsan banjir itu telah hilang?

Tegas Fuziah "Adalah tidak wajar dan tidak adil kawasan lain yang terlibat dengan banjir seperti Kemaman telah menerima bantuan seperti yang telah dilaporkan,sedangkan kawasan Kuantan yang mangsa banjir melebihi 20 ribu orang belum lagi diambil perhatian sewajarnya."

Mengenai bantuan kemanusiaan dari Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan berjumlah USD10 juta, beliau sendiri telah menulis surat kepada Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan untuk membetulkan maklumat di mana kawasan kuantan adalah kawasan di mana mengalami banjir yang teruk tambahnya.

Mengenai percutian di Guangzhou, China pula ianya telah dirancang lebih awal, percutian itu merupakan percutian keluarga menurutnya.

"Bukan sahaja anak-anak saya yang ikut bahkan adik beradik saya pun ikut, tetapi perkara ini telah disalah erti dan di manpulasi oleh orang tidak bertangjawab yang telah mengatakan saya telah mengunakan duit RM50,000 daripada Kerajaan Selangor untuk kesana".

Mengulas mengenai bagaimana gambar beliau dan suami tersebar,sambil berseloroh beliau mengatakan mungkin ada tangan-tangan gaib wujud walaupun tidak pernah berkongsi gambar - gambar di sana melalui media sosial,mungkin suami yang telah berkongsi gambar kami di dalam apilikasi whatssup antara kawan-kawan beliau.


Hmmm.. bila agaknya budaya fitnah macai ni akan berakhir?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417