Individu yang disangkakan sebagai seorang anggota Polis yang mempertahankan gambar dua anggota Polis yang dirakam tertidur kerana mabuk dengan mengatakan itu hanya latihan, rupa-rupanya hanya menipu..
Ini kerana empat keping gambar yang tersebar itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras telah disahkan benar oleh Ketua Polis Selangor.
Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut... lihat gambarnya di ( SINI )
Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat yang dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.
Dakwaan beliau itu menimbulkan persoalan ramai jika ianya latihan mengapa perlu diadakan ditepi jalan dan pada waktu malam pula?
Dan ada pula yang mengaharapkan jika perkara itu benar adalah satu latihan diharap pihak Polis tidak akan mengadakan latihan kesalahan rogol pula..
Bagaimanapun penipuan Nordin Mansor itu terbongkar bilamana Ketua Polis Selangor Dato Mohd Shukri Bin Dahlan dalam satu kenyataannya melalui laman Facebook Polis Selangor kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti .
Menurut beliau kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat." tegasnya.
Tambah beliau lagi "PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan."
Rentetan dari itu orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti.
![]() |
Polis Selangor |