Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Tak siapa peduli nasib 800 peniaga Melayu Bazar Perdana Bandar Perda..

$
0
0

ISU membabitkan orang Melayu tidak selesai selagi kedudukan mereka tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dari pihak yang berkuasa samada dari agensi Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat.

Dalam konteks ini lebih 800 peniaga Melayu yang membeli lot niaga sejak tahun 2004 yang lalu untuk menjalankan perniagaan mereka di Bazar Perdana, Bandar PERDA, Bukit Mertajam tidak kesampaian hingga ke hari ini.

Bazar yang telah siap itu mendapat sijil kelayakan menduduki dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada tahun 2004.

Namun begitu kompleks yang tersergam indah dengan janji untuk menempatkan lebih 800 peniaga Melayu kerana pasar basah di Bukit Mertajam akan ditutup dan dipindahkan ke kompleks yang baru di sini hanya tinggal janji-janji sahaja.

Ia bukan saja terbiar, usang dan rosak,malah menyakitkan mata setiap orang yang melalui kawasan tersebut.

Projek umpama 'gajah putih' itu dibangunkan oleh Aseania Development Sdn. Bhd., namun peniaga Melayu tersebut tidak dapat menduduki bazar tersebut sehingga ke hari ini walaupun pelbagai aduan telah dilaporkan kepada MPSP, Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah, Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Adun Seberang Jaya ketika itu, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ada kini.

Sehingga ini tiada pihak yang tampil untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh lebih 800 peniaga Melayu yang kerugian kerana terpaksa membayar balik pinjaman bank.

Ada juga antara premis perniagaan tersebut terpaksa dilelong oleh institusi kewangan setelah peniaga tidak dapat membuat pembayaran balik kerana mengalami kerugian.

Projek Kerajaan Persekutuan itu juga didakwa oleh sesetengah peniaga tidak mengikut spesifikasi sehingga dikatakan tidak selamat untuk diduduki.

Mereka juga mendakwa bangunan berkenaan tidak selamat kerana retak, rosak, tidak kukuh serta yakin adanya unsur-unsur penyelewengan dan rasuah menyebabkan bangunan yang tidak selamat diduduki tetapi diluluskan.

Peniaga yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat bagaimana bangunan yang tidak selamat itu boleh diluluskan untuk diduduki sedangkan keselamatan terancam.

"Jika kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah ini hingga kini, sepatutnya Kerajaan Pusat, Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir selaku Ketua Umno Bukit Mertajam dan orang yang terlibat secara langsung sebagai pemaju Aseania Development, PERDA dan pemimpin-pemimpin UMNO membangkitkan masalah ini.

"Timbulkan perkara ini di Dewan Undangan Negeri dan bela nasib lebih 800 peniaga Melayu yang ditipu serta dibiarkan rugi tanpa pembelaan.

"Kalau Datuk Musa yang menjadi Ketua Umno Bukit Mertajam dan Datuk Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang,tak dapat tolong kami, siapa lagi pimpinan Umno dan BN yang dapat kami harapkan untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah berlarutan 10 tahun lamanya, " ujar peniaga tersebut. - MalaysiaGazette

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417