Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Keluar UMNO masuk PKR kerana roti?.. Ini jawapan Fuziah Salleh

$
0
0

Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sekumpulan ahli Umno dilaporkan keluar parti dan menyertai PKR baru-baru ini kerana tidak puas hati dengan agihan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan, di sini.

Menurutnya perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Umno dan PKR.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mereka yang keluar parti itu sebenarnya tidak lebih daripada 40 orang. Mereka dikatakan daripada Cawangan Umno Tanah Putih Baru, di sini.

Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang berkata, beliau sendiri menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar ahli-ahli Umno itu bertindak demikian.

“Maaf saya cakap, puncanya hanya (kerana) roti. Kita diberitahu bekalan roti di pusat terbabit cukup. Bagaimanapun, pegawai yang bertugas mengagihkannya secara sikit-sikit.

“Bila mereka minta lebih, petugas tak bagi. Jadi mereka kecewa dan marah,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di sini, hari ini. Beliau berkata, beliau faham dalam situasi banjir ada di antara mangsa yang tertekan, apatah lagi dalam keadaan terdapat makanan, tetapi tidak diagihkan secukupnya.

“Petugas yang terlibat pun mungkin ada sebabnya sendiri tidak berikan roti itu kepada mangsa seperti yang diminta.

“Sebenarnya dalam situasi kritikal akibat bencana banjir ini, kita faham roti amat bermakna kepada mangsa dan keluarga, terutama yang ada ramai anak,” katanya.

Adnan berkata, beliau faham dan tidak berasa kecewa dengan keputusan ahli Umno itu, tetapi jumlah yang terlibat tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

“Saya kenal ketua kumpulan ini dan kami pernah berjumpa dalam beberapa majlis, tapi disebabkan terlalu kecewa, dia mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PKR.

“Bagi saya keputusan hendak keluar parti biarlah kerana prinsip perjuangan, bukan disebabkan roti,” katanya lapor Sinar Harian

Benarkah apa yang didakwa oleh Menteri Besar Pahang itu?.. Ini penjelasan Fuziah Salleh mengenai perkara ini..

“Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.
Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan.
Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR.
Beliau berkata, penjelasan demi penjelasan daripada agensi terlibat dalam pengurusan banjir mengguris hati mereka kerana segala yang diperkatakan itu tidak sama dengan keadaan sebenar dihadapi mangsa banjir, di sini.
“Rakyat yang menghadapi kesulitan dengan pelbagai masalah seperti makanan tidak cukup, keperluan yang diperlukan lambat diagihkan dan sebagainya sedangkan mangsa banjir ini amat terdesak.
“Lebih malang lagi kita dapat aduan bekalan makanan dan keperluan ada tetapi tidak diagihkan kepada mangsa di saat-saat mereka memerlukannya,” katanya.
Fuziah berkata, warga Kuantan juga rasa terhina apabila usul beliau di Parlimen meminta darurat diisytiharkan di Kuantan ekoran banjir besar baru-baru ini diperlekehkan.
“Saya cuba bawa usul ini demi kepentingan penduduk Kuantan, tapi ada yang yang mempersoalkan cadangan itu, malah kehadiran saya di Parlimen ketika itu juga disindir,” katanya.
Menurutnya, selepas membawa usul itu, beliau terus ke Kuantan dan sehingga kini bersama-sama menghulurkan bantuan membantu mereka yang terjejas.
“(Seramai kira-kira) 100 ahli Umno ini antara yang sedar dan menghargai segala yang kita buat. Justeru, keputusan mereka keluar parti bukan kerana pujuk rayu, tetapi kerana kecewa.
Fuziah berkata, beliau terkejut apabila kumpulan ini, termasuk seorang pengendali bilik gerakan Umno semasa PRU13 lalu, menemuinya ~ Sinar Harian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles