Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Ketua Syiah Kedah pun tak pernah nampak Mat Sabu pengikut Syiah..

$
0
0

Semakin hari semakin terserlah kepada kita, bahawa sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak tuduhan mengamalkan  Syiah terhadap Mat Sabu oleh KDN hanyalah untuk menutup malu Zahid Hamidi yang terlepas cakap dalam PAU13 baru-baru ini..

Untuk menutup kemaluannya itu dikatakan Zahid telah mengarahkan KSU KDN untuk mengadakan sidang akhbar bagi mendedahkan tuduhan mereka..

Ianya memang satu tindakan yang menimbulkan keraguan banyak pihak kerana selama ini, pihak KDN tidak pernah dilihat mengadakan sidang akhbar untuk melemparkan tuduhan terhadap sesiapapun yang melakukan kesalahan, mereka hanya tangkap kemudian dakwa..

Dalam kes Mat Sabu ini, sidang akhbar diadakan.. dan ramai yang bertanya jika benar sudah mempunyai bukti, bukan sikit tu.. 10 bukti semuannya.. kenapa tidak ditangkap saja Mat Sabu.

Dalam masa yang sama tindakan KDN itu juga dikutuk oleh beberapa Blogger Pro UMNO, kata mereka kalau setakat dedah bukti macam tu, tunnggu bayar saman sajalah.. Buat malu Kerajaan saja..

Aku tak tahu nak gelak ke, nak kagum ke atau nak menangis meraung. Sebabnya, alasan-alasan tu semua bagi aku langsung tak kredibel. Macam backfired balik. Kalau Mat Sabu dan Hanipa Maidin bawa ke mahkamah dan kena pula dengan hakim-hakim tertentu, bukan setakat Menteri KDN dan KDN dimalukan, bahkan Kerajaan Malaysia dan UMNO sendiri pun akan terpalit sama ~ House PK

Lebih mengharu-birukan lagi bila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah oleh Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama.

Apa punya cerita ni?.. depa tuduh Mat Sabu Syiah.. Mat Sabu pulak kena buktikan dia bukan Syiah.

Paling menarik individu yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Syiah Kedah sendiripun tidak pernah melihat Mat Sabu dalam majlis Syiah..


Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.

"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak.

"Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.

Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.

"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.

"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.

Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah ~ The Malaysian Insider

Kalau KDN benar-benar serius untuk benteras Syiah.. tu kat atas tu.. dia dah mengaku dia sebagai Ketua Syiah Kedah.. kenapa hingga sekarang masih dibiar bebas?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles