Hakikatnya apa yang kita perlu akui ialah disebalik timbunan pemimpin-pemimpin kurang cerdik dalam UMNO, sebenarnya dari 3Juta lebih ahlinya itu ada juga yang cerdik..
Contohnya seperti apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Pergerakan Pemuda UMNO ini..
KERAJAAN Barisan Nasional seolah-olah mahu menguji kesetiaan rakyat yang memberi kemenangan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu melalui cadangan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam - LRT dan Monorel.
Langkah itu juga diibaratkan jerat yang akan memerangkap warga kota terutamanya, dalam bebanan kos hidup yang semakin meningkat selain memberi gambaran bahawa syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan kos perkhidmatan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna.
Sikap itu bertentangan dengan dasar kerajaan yang menggalakkan rakyat terutama warga kota menggunakan perkhidmatan awam ekoran kenaikan kos petrol dan diesel.
“Kerajaan sebelum ini telah mengalakkan rakyat khususnya warga kota untuk menggunakan perkhidmatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam ini seakan-akan menjadi jerat untuk pengguna khususnya warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini.
“Adakah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke13 yang lalu,” tanya Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Pergerakan Pemuda UMNO, Hussin Akhtar Hussin seperti yang disiarkan oleh UMNO Online.
Oleh itu katanya, Pemuda UMNO mendesak kerajaan menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat, khususnya warga kota yang berpendapatan sederhana yang saban hari menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik mencari rezeki.
“Pihak Suruhanjaya PengangkutanAwam Darat (SPAD) perlu jelaskan kepada rakyat bandar khususnya, apakah penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam dalam tempoh lima tahun ini yang memungkinkan kos tambang perlu ditingkatkan.
“Diharap kerajaan tidak menjadikan peningkatan gaji atau pendapatan kakitangan awam sebagai ukuran bagi membolehkan keperluan-keperluan lain ditingkatkan kerana ini bukan petunjuk jelas pendapatan purata rakyat,” tambahnya.
Pada masa sama, tambah beliau SPAD seharusnya melihat atau membuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yang rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan kenderaan sendiri.
“Rakyat yakin dan percaya perlu ada peningkatan kos tambang terhadap pengangkutan awam dan adalah mustahil ia dapat dikekalkan sampai bila-bila. Cuma perlu melihat mutu perkhidmatan serta keselesaan kepada pengguna.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang,” tambahnya lapor MalaysiaGazette
Tapi.. biasanya orang-orang yang cerdik macam ni akan berada tidak lama.. sebabnya dalam UMNO pemimpin kebanyakkannya dilantik dari golongan kurang cerdik supaya mudah untuk diperbodohkan..
Macam mamat kat atas tu.. tak lama lagi kena cantaslah tu.. kalau tak kena cantas dihulur dua atau tiga projek maka jadi bodohlah ia...
Nak tahu apa implikasinya kenaikkan tambang LRT dan Monorel itu buat warga kota?.. baca apa yang terpapar di bawah ni..
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meramalkan, penduduk bandar berpendapatan sekitar RM3,000 paling menerima kesannya kerana terpaksa bergelut dengan tekanan sara hidup yang semakin mendesak.
“Kalau dulu semasa berlaku kenaikan harga minyak kita suruh orang ramai guna pengangkutan awam, tetapi sekarang kalau tambang LRT dan monorel pun naik juga maknanya kini mereka tiada pilihan.
“Perlu cari jalan lain seperti melakukan kerja tambahan tapi itu berisiko menimbulkan kesan sosial lain pula,” kata Pengarah Komunikasi Fomca Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi.
Beliau berkata sedemikian dalam responnya terhadap spekulasi kenaikan kadar tambang LRT dan monorel tahun depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan Namun menegaskan perkara itu masih dalam peringkat kajian berdasarkan empat faktor, iaitu struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri.
Begitu juga dengan ura-ura kenaikan tol dibeberapa lebuh raya utama bermula Januari 2014 selepas pengumuman kenaikan gula termasuk harga minyak petrol dan diesel selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Mohd Yusof meramalkan, kadar tambang industri rel dijangka naik dalam kadar 10% selepas mengambil kira tempoh kenaikan yang tidak berlaku sejak 10 tahun lalu.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan perlu mengutamakan tanggungjawab sosial dengan mencari jalan lain supaya rakyat golongan sederhana dan bawahan tidak menjadi ‘mangsa’ dengan kesannya.
“Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan industri rel perlu cari jalan supaya kadar perolehan adalah berdasarkan jumlah kekerapan pengguna pengangkutam awam, bukan memikirkan keuntungan sama seperti syarikat swasta lain,” katanya ~ FreeMalaysiaToday