Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

KDN Dedah 10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah (Video Inside)

$
0
0

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

"Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.

"Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini.

Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah" lapor The Malaysian Insider.

Selain itu korang lihat video ini...


Nampak macam nak cover Zahid saja kenyataan KSU KDN ni..

Tapi tak apa.. kalau nak tangkap Mat Sabu sebab dikatakan beliau pengikut Syiah kerana beliau kagum dengan perjuangan Khomeini.. jangan lupa tangkap juga Ibrahim Ali ni..


Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, antara yang terawal bertemu dengan Imam Khomeini di Paris sebelum berlakunya Revolusi Islam Iran kata  Amin Iskandar.

Untuk pengetahuan KDN sebelum revolusi Syria majoriti ummat Islam mengagumi Khomeni termasuklah Dr Mahathir dan kita masih ingat Dr Mahathir pernah membuat forum bersama Ulama Syiah Iran dan adakah Mahathir itu juga pengikut Syiah..

Dan Malaysia masih lagi menjalinkan kerjasama dengan Iran dan menubuhkan kedutaan di Iran, dan adakah kerajaan Malaysia juga menyokong Iran dan Syiah?

Adakah dasar pandang ke timur dengan memandang pembangunan Jepun, adakah kita menganut fahaman Jepun dengan menyembah Matahari?

Adakah kita mengagumi ketabahan Nelson Mandela dikira sebagai Kafir kerana beliau merupakan seorang Kristian?

Teringat kata-kata Ulamak... Kebaikan Islam itu ada di mana-mana, jikalau kamu berjumpa di mana-mana kamu ambil lah kerana ia adalah kepunyaan Islam yang telah tercicir..wallahualam

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417